saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/03/2012

Banyakkan perpustakaan masjid

GOMBAK 27 Mac - Kerajaan berhasrat mewujudkan lebih banyak masjid dilengkapi kemudahan perpustakaan bagi menggalakkan pembudayaan ilmu di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, langkah itu juga bertujuan mengembalikan semula fungsi sebenar masjid yang lebih daripada sekadar tempat menunaikan ibadat khusus semata-mata.

"Kita mencadangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri supaya melengkapkan beberapa buah masjid yang terdapat di negara ini dengan kemudahan perpustakaan untuk kegunaan jemaah.

"Perpustakaan yang dibina di masjid itu juga perlulah lengkap dengan buku-buku mempunyai pelbagai judul dan genre bagi menarik perhatian generasi muda," katanya pada sidang akhbar di Persidangan Perpustakaan Masjid Peringkat Kebangsaan 2012 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini hari ini.

Persidangan selama dua hari itu turut melibatkan ahli panel dari Indonesia bagi membincangkan mengenai peranan dan fungsi sebenar masjid pada era globalisasi.

Menurut Jamil Khir, antara masjid yang lengkap dengan kemudahan perpustakaan di negara itu adalah Masjid Putrajaya; Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya; Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Negara.

Katanya, sehingga tahun ini, sebanyak 6,400 masjid telah dibina di negara ini tetapi hanya 64 buah sahaja yang mempunyai kemudahan perpustakaan.

"Bagaimanapun perpustakaan tersebut tidak lengkap dan kebanyakannya seperti bilik bacaan sahaja tanpa pustakawan dan sistem penjilidan buku yang betul," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.