saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/03/2012

Pakej melancong ke Taiwan hadiah setia kepada Utusan Malaysia


Chang Fu Nan (tiga dari kanan), Cooper Huang (kanan) dan Hassan Mohd. Noor meraikan Mohamed Sohaimi Zahari (dua dari kanan), Lam Har Hooi dan Nor Shuhadah Sulaiman yang memenangi peraduan Kumpul & Menang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia 2012 di Wisma Goldhill, Kuala Lumpur, semalam.


Chang Fu Nan (tiga dari kanan), Cooper Huang (kanan) dan Hassan Mohd. Noor meraikan Mohamed Sohaimi Zahari (dua dari kanan), Lam Har Hooi dan Nor Shuhadah Sulaiman yang memenangi peraduan Kumpul & Menang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia 2012 di Wisma Goldhill, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 27 Mac - Pembaca setia Utusan Malaysia, Mohamed Sohaimi Zahari tidak menduga penyertaannya dalam peraduan anjuran akhbar itu membolehkannya memenangi hadiah paling mahal dalam hidupnya.

Beliau yang membaca Utusan Malaysia sejak 25 tahun lalu memenangi salah satu hadiah pakej pelancongan ke Taiwan bernilai lebih RM8,000 melalui Peraduan Kumpul dan Menang Utusan Malaysia bagi Edisi Merah B.

“Sebelum ini, saya pernah memenangi hadiah sagu hati bernilai RM2,000 dalam peraduan teka silang kata Utusan Malaysia pada tahun 1990-an tetapi kali ini menang hadiah pertama paling mahal,’’ kata kakitangan Kementerian Kewangan di Putrajaya itu.

Mohamed Sohaimi, 52, berkata, sudah 10 tahun beliau tidak aktif menyertai sebarang peraduan tetapi penyertaannya baru-baru ini telah membawa tuah.

“Hadiah ini umpama penghargaan kepada saya kerana setia bersama Utusan Malaysia sejak usia muda lagi,” katanya selepas majlis penerimaan hadiah Peraduan Kumpul dan Menang Edisi Merah B daripada Pengarah Taiwan Visitors Association Kuala Lumpur, Chang Fu Nan di Wisma Goldhill, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Harmony Tour & Travel S/B, Cooper Huang, Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Mohd. Noor dan Pengurus Komunikasi Korporat Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., Nursyafina Redzuan.

Sementara itu, Lam Har Hooi, 52, dari Taman Seri Sentosa, Klang, Selangor berkata, beliau bersama anak perempuannya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) lebih daripada 200 kali.

“Peraduan ini dimaklumkan rakan sekerja Melayu anak saya, jadi dia membeli dan kumpul mata kupon sehingga cukup serta SMS lebih 200 kali atas nama dia dan saya untuk memenangi pakej percutian yang cukup menarik ini.

“Kami sangat gembira walaupun saya yang diumumkan menjadi pemenang,” jelas suri rumah itu.

Seorang lagi pemenang, Pegawai Latihan Vokasional, Nor Shuhadah Sulaiman dari Ledang, Johor berkata, dia hanya menghantar enam kali SMS untuk kesemua hadiah yang diidamkannya dalam edisi ini.

“Saya lebih teruja untuk memenangi set perabot MiO Concept agar boleh meletakkannya di rumah baru dibeli tetapi sebaliknya saya diumumkan memenangi pakej pelancongan. Pun begitu, saya berasa amat bertuah dan teruja untuk bercuti ke luar negara buat kali pertamanya,” katanya.

Sebelum ini, tiga orang telah memenangi hadiah pakej yang sa

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.