saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 28/03/2012

Pas Kedah tidak akan korban kerusi

ALOR SETAR 27 Mac - Pas Kedah tidak akan mengorbankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen milik parti itu walaupun DAP tetap berkeras menuntut tambahan kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) menegaskan, ini kerana pembahagian kerusi yang akan ditandingi oleh Pas telah lama selesai dan hanya tinggal pembahagian kerusi antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Kita sudah setuju pada dasarnya, jika negeri tidak boleh menyelesaikan masalah itu, maka ia akan diselesaikan di Kuala Lumpur untuk parti-parti tertentu sebab kita ada Majlis Presiden.

"Saya jaga yang Pas sahaja, kita sudah bincang lama dengan Pas dan sudah selesai. Sekarang DAP kena selesaikan dengan PKR," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang tidak menolak kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru dalam PRU-13 sekiranya parti itu gagal mendapat tambahan seperti yang dituntut.

DAP menuntut empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.

Pada pilihan raya umum 2008, Pas bertanding di 24 daripada keseluruhan 36 kerusi DUN di negeri Kedah, PKR 10 kerusi dan DAP pula dua kerusi.

Namun, DAP dan PKR bertembung di kerusi DUN Derga apabila kedua-dua parti politik itu enggan mengalah.

Pada pilihan raya tersebut, calon PKR iaitu Cheung Khai Yan memperoleh 6,353 undi manakala calon DAP, Teoh Teik Guan mendapat 2,095 undi.

Kedua-dua mereka tewas kepada calon BN, Dr. Cheah Soon Hai yang mendapat 6,516 undi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah mahu DAP dan PKR menjadikan kekalahan di DUN Derga pada pilihan raya umum sebelum ini sebagai pengajaran.

"Seseorang kena mengalah, tetapi jika saya di tempat Guan Aik pun, saya tidak mahu mengalah sebab tidak mahu dikata oleh ahli sebagai orang yang gagal sebelum masuk perang.

"Namun, perkara itu akan diputuskan oleh Majlis Presiden nanti dan saya berharap semua pihak akur dengan keputusan mengenai pembahagian kerusi oleh Majlis Presiden tidak lama lagi," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zuhur 1:29
Asar 4:46
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.