saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 28/03/2012

Wikileaks, Anwar, demokrasi, fakta dan auta...

SENARIO 1:
ANWAR Ibrahim amat takut dengan isu Israel yang beliau terlepas cakap. Dalam interbiu dengan Wall Street Journal, Anwar dipetik sebagai berkata, “saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan the state of Israel (negara Israel)".

Kata-katanya membuatkan beliau mengigau tengah malam. Malah, para penasihatnya kini sedang membuat damage control terhadap kata-kata itu.

Para penasihatnya juga telah mula mengedarkan perancangan kepada semua propagandis supaya jangan sentuh soal Israel itu dan mula bercakap mengenai soal lain. Bercakaplah mengenai pencapaian mereka selama empat tahun memerintah empat negeri.

Bagi mereka isu negara Israel boleh menghakis sokongan orang Melayu Islam kepada Anwar.

Malah Anwar dalam wawancaranya dengan Wikileaks London melalui talian tele-conferencing dengan pengasas Wikileaks, Julian Assange yang berlangsung di Bilik Tele-Conference, Bangunan Telekom Malaysia, Jalan Perak, Pulau Pinang pada 23 Mac lalu juga tidak menyentuh mengenai soal negara Israel dan sokongannya kepada keselamatan negara Zionis itu.

Kemungkinan Anwar-Assange telah berpakat mengenai soalan dan jawapan yang akan ditanya.

Dalam wawancara yang turut dihadiri oleh kira-kira 25 orang ahli-ahli PKR, DAP dan Pas, pengiring rapat Anwar dan kakitangan Telekom kira-kira pukul 7.45 hingga 8.55 malam itu juga tidak menyentuh mengenai soal mengapa beliau tidak mahu menyaman Datuk Trio yang terang-terang mempunyai video salah laku seksnya dengan seorang pelacur warganegara China. Dalam wawancara itu beliau hanya menafikan melanggan pelacur.

Kita hairan jika beliau boleh menyaman RM100 juta ke atas Nalla kerana menggelar beliau sebagai biseksual, mengapa tidak diambil tindakan sivil ke atas Datuk Trio yang terang-terang mendedahkan mengenai video itu?

Kebanyakan isi kandungan wawancara Anwar-Assange itu menyentuh mengenai cerita lama. Cerita yang beliau sering ulang-ulang di atas pentas politik. Semuanya mengenai soal kebaikan beliau dan kejahatan orang lain.

Anwar cuba mempromosi dirinya sebagai insan yang syumul, manakala musuh-musuh politiknya sebagai jahat dan berniat untuk menghalang masa depan politiknya.

Antara kandungan wawancara itu, beliau mengaku menyertai perjuangan UMNO kerana merasakan Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang mampu mengubah nasib orang Melayu, tetapi akhirnya beliau merasakan Dr. Mahathir bukanlah seorang pemimpin seperti mana yang diharapkan olehnya.

Di peringkat ini, Anwar masih menafikan peranan Dr. Mahathir yang memecatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Walhal Dr. Mahathirlah yang banyak mengubah nasib dan masa depan orang Melayu sehingga ke peringkat hari ini.

Beliau turut menegaskan, kebanyakan warga Malaysia bukan Melayu menerima bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, tetapi adalah satu tindakan yang melampaui batas sekiranya kerajaan menghapuskan bahasa-bahasa yang lain.

Namun, persoalannya bila pula kerajaan mengambil tindakan menghapuskan bahasa-bahasa lain.

Tidak nampakkah beliau, betapa tumbuh segarnya sekolah-sekolah Cina di negara ini, sehingga mereka tidak mahu mana-mana guru yang tidak tahu berbahasa Cina bertugas di sekolah itu?

Anwar terus-menerus mendakwa corak pemerintahan lama (sekarang) bersifat perkauman dan meminta dipilih parti yang mendokong corak demokrasi.

Perlu disebut tiada mana-mana media dijemput mengikuti wawancara itu.

Beliau turut mempersoalkan mengenai pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang konon hanya menumpukan kepada orang Melayu, sedangkan orang Cina, India dan Iban juga miskin dan mengapa dasar itu tidak diperkemaskan.

Nampak jelas beliau menafikan semua yang dilakukan oleh kerajaan ke atas bangsa-bangsa lain yang lebih hebat pencapaian ekonomi mereka berbanding dengan kaum Melayu. Dalam wawancara ini, beliau seboleh-boleh memperlekeh-lekehkan sokongan kerajaan kepada orang Melayu dengan menuduh kerajaan mengetepikan kaum-kaum lain.

Kesimpulan kepada wawancara dengan Wikileaks London itu merupakan peluang emas kepada Anwar untuk membuat publisiti serta propaganda dan kritikan terbuka ke atas Kerajaan Pusat bagi mencapai matlamat melemahkan pengaruh pucuk pimpinan.

Anwar akan terus menggunakan platform asing, untuk meraih sokongan terhadap dirinya, walaupun kebanyakan apa yang beliau katakan itu hanyalah bersifat retorik semata-mata.

SENARIO 2:

DALAM wawancara dengan Wikileaks London itu, Anwar dipetik sebagai berkata: PRU kali ini merupakan satu ujian kepada rakyat sama ada mereka masih ingin menerima corak pemerintahan lama yang bersifat perkauman atau parti yang mendokong corak demokrasi.

Parti yang mendokong corak demokrasi? Tidak demokratikkah Malaysia selama 55 tahun kemerdekaan ini?

Cuba renungkan semasa pemilihan parti dokongan Anwar, PKR tempoh hari, demokratikkah? Apa yang kita tahu pemilihan itu paling kotor dalam sejarah politik Malaysia.

Sehinggakan ada antara pemimpinnya yang bertanding jawatan tertinggi parti meminta supaya dijalankan siasatan mengenai proses ke atas pemilihan yang didakwa mereka penuh muslihat dan tidak demokratik. Siasatan itu sehingga sekarang tidak berlaku.

Malah, rakan-rakan Anwar yang meninggalkannya beramai-ramai turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang autokratik (bersifat kuku besi).

Jika Anwar inginkan corak demokrasi, mengapa pula beliau boleh bekerjasama dengan Pas yang menyingkirkan Dr. Hasan Ali, tanpa dipanggil membela diri?

Juga bagaimana pula setelah memerintah selama empat tahun sahaja, Pulau Pinang kini diubah sedikit demi sedikit menjadi pulau untuk golongan kaya-raya dan mewah dengan mengetepikan orang miskin.

Cuba lihat pekeliling yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ini, yang kononnya disifatkan oleh Anwar sebagai betul-betul mendokong corak demokrasi?

Renung-renungkanlah surat ini…

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:23
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.