saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 28/03/2012

MPJ ditegur gagal selenggara Dataran Jasin


Latiff Tamby Chik (kanan) menguis dengan kaki ke atas timbunan daun yang baru dikumpulkan semasa membuat pemeriksaan di Dataran Jasin dan sekitar kawasan pelancongan di Jasin, Melaka, semalam.


JASIN 27 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) ditegur kerana gagal menyelenggara dengan baik semua kemudahan yang terdapat di Dataran Jasin di sini.

Kekecewaan itu diluahkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik yang melakukan lawatan produk pelancongan di dataran tersebut di sini hari ini.

Menurutnya, sepanjang 23 program lawatan produk pelancongan yang dibuat sejak beberapa bulan lalu di di Melaka Tengah, Alor Gajah, Merlimau dan Sungai Rambai, Dataran Jasin disifatkan tempat yang paling teruk tidak terurus.

"Boleh dikatakan semua kemudahan di Dataran Jasin ini tidak diselenggarakan dengan baik. Sampaikan pokok pun boleh hidup di dalam longkang besar dan ini menunjukkan ia memang sudah lama tidak diselenggara.

"Saya tengok papan maklumat pudar, landskap tidak dijaga dengan baik, dahan pokok yang dipotong dibiarkan begitu sahaja, longkang pecah, besi penutup longkang hilang, wayar di tiang lampu pula dibiarkan terjurai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalannya, Chua Kheng Hwa merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban; Pengarah Kementerian Pelancongan negeri, Datuk Lim Chow Beng; wakil daripada MPJ dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).

Mengulas lanjut Latiff berkata, beliau telah menghubungi Yang Dipertua MPJ, Murad Husin dan meminta beliau menganjurkan gotong-royong membersihkan Dataran Jasin pada hujung minggu ini.

"Kita akan adakan gotong-royong itu pada Sabtu atau Ahad ini dan selepas itu saya akan datang semula ke sini bagi melihat hasil kerja yang dilakukan," katanya.

Tambahnya, masalah tersebut tidak sepatutnya timbul apatah lagi Melaka kini sudah bergelar negeri maju dan amat memalukan jika perkara itu menjadi bualan penduduk atau pelancong yang datang berkunjung ke sini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.