saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 29/03/2012

'Detektif Lim' dibebas, lepas tuduhan curi buku

PUTRAJAYA 28 Mac - Selepas menunggu ketentuan kesnya selama tiga tahun, pelakon drama bersiri Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah lega apabila Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskannya daripada sabitan serta hukuman penjara dua bulan selain denda RM2,000 atas kesalahan mencuri buku.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Datuk K.N. Segara dan Datuk Aziah Ali memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak rayuan akhir pendakwa raya.

Dengan keputusan itu, kuorum berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 September 2010 yang membebaskan pelakon tersebut yang lebih dikenali sebagai 'Detektif Lim' selepas membenarkan rayuannya.

Hakim Abdul Malik ketika membacakan alasan penghakimannya menyatakan, panel itu menerima fakta keterangan kes bahawa tiada saksi yang melihat Farid Amirul mengambil dua buah buku itu dari rak di gedung buku MPH pada hari kejadian.

Beliau menyatakan, identiti kedua-dua barang kes turut diragui kerana ia tidak ditanda sewaktu diterima daripada pengawal keselamatan MPH, manakala beg sandang milik pelakon itu yang didakwa digunakan untuk menyembunyikan buku-buku, juga tidak dikemukakan ketika perbicaraan.

Ujarnya, pegawai penyiasat sepatutnya menanda buku itu dan mengemukakan borang serahan kepada pengawal keselamatan sebagai bukti penyerahan sebelum meletak buku-buku itu dalam sampul surat yang dimeterai dan disimpan dalam setor polis.

Hakim Abdul Malik turut menyatakan, wujud kepincangan pada kes pendakwaan kerana cip pengimbas keselamatan yang didakwa dikoyak dan dikeluarkan dari buku oleh Farid Amirul, tidak diambil dan ditanda oleh pegawai penyiasat sebagai barang bukti kes.

Selain itu, mahkamah turut berpuas hati bahawa kegagalan pihak polis merampas rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang sebahagiannya berfungsi, turut mencacatkan kes pendakwaan.

Farid Amirul tidak diwakili peguam manakala Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan mewakili pihak pendakwaan.

Sementara itu, pelakon tersebut ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, melahirkan kesyukuran berikutan pembebasannya kerana ia memberinya peluang membersihkan nama yang tercalar di samping memulihkan semula karier yang terjejas.

Menurutnya, dia kehilangan banyak sumber pendapatan ekoran kes itu menyebabkannya terpaksa menyara hidup dengan bekerja sebagai atendan pam minyak di Alor Gajah, Melaka selama setahun.

Ujar Farid Amirul, buat masa ini dia terlibat mengendalikan kerja-kerja di belakang tabir selaku penolong pengarah dalam pembikinan drama bersiri Titisan Darah Pahlawan sebanyak 26 episod yang sedang menjalani penggambaran di Hulu Kinta, Perak.

Semalam, pelakon itu yang dikenakan waran tangkap ekoran kegagalannya hadir dalam prosiding rayuan pendakwa raya, dihadapkan ke Mahkamah Rayuan selepas ditangkap oleh sepasukan polis di kawasan Tambun, Ipoh pada Jumaat lalu.

Dia bagaimanapun terpaksa bermalam di lokap polis selepas gagal membayar jaminan RM20,000 yang ditetapkan oleh mahkamah sementara menunggu rayuan itu didengar hari ini.

Pada 17 Disember 2009, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara dan denda tersebut terhadap Farid Amirul sebelum dia dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi yang berpuas hati wujud kelemahan dalam penandaan barang kes.

Dia didakwa mencuri buku-buku bertajuk Sistine Secrets dan Decoding The Heavens yang masing-masingnya berharga RM89.90 dan RM105 setiap satu pada pukul 7.15 malam, 27 Mac 2009 di gedung MPH, pusat membeli-belah Midvalley Megamall di ibu negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.