saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 30/03/2012

PPSPPA ambil alih selenggara Dataran Jasin


Sekumpulan pekerja Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) membersihkan longkang di Dataran Jasin, Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 29 Mac - Semua kerja pembersihan dan penyelenggaraan di Dataran Jasin di sini telah diserahkan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) berkuat kuasa 1 September lalu.

Sehubungan itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin menegaskan, pihaknya akan mengarahkan PPSPPA memastikan lokasi pelancongan itu dalam keadaan yang baik sepanjang masa.

Menurut beliau, ia termasuklah membersih dan melakukan kerja-kerja pembaikan khususnya penyelenggaraan perparitan, pemotongan rumput dan sebagainya bagi memulihkan semula imej Dataran Jasin.

"Saya memandang serius teguran daripada Exco kerajaan negeri baru-baru ini di dalam akhbar supaya beberapa kerosakan kecil yang berlaku di Dataran Jasin diperbaiki segera.

"Apatah lagi, tempat itu merupakan kawasan rekreasi awam dan keadaan yang tidak sepatutnya itu tentu sekali mencalarkan imej MPJ selaku pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas teguran oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik yang disiarkan Utusan Malaysia semalam setelah tidak berpuas hati dengan cara pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menguruskan Dataran Jasin.

Dalam nada kecewa Latiff berkata, semua kemudahan di Dataran Jasin tidak diselenggarakan dengan baik dan menyifatkannya sebagai lokasi paling teruk tidak terurus sepanjang mengadakan 23 program lawatan produk pelancongan sejak beberapa bulan lalu.

Mengulas lanjut, Murad berkata, perbuatan vandalisme turut mengakibatkan kerugian serta kerosakan kemudahan awam yang terdapat di Dataran Jasin.

"Sebelum diambil alih oleh PPSPPA, kami sentiasa melakukan penyelenggaraan dan pemantauan bagi memastikan dataran itu sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria.

"Malah MPJ juga telah melakukan kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih pada Jun tahun lalu melibatkan kos sebanyak RM50,000," katanya.

Namun ujar beliau, usaha itu tidak dapat dilaksanakan secara berterusan oleh PPSPPA dan satu perbincangan telah dibuat bagi memastikan perkara itu tidak berulang pada masa hadapan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.