saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/03/2012

Pekida tidak terlibat kongsi gelap

KUALA LUMPUR 29 Mac - Orang ramai diminta menghentikan tanggapan bahawa Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) merupakan satu pertubuhan yang mempunyai kaitan dengan kongsi gelap.

Malah, orang ramai juga harus tahu ahli Pekida tidak kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang di negara ini sekiranya mereka melakukan sebarang kesalahan.

Ia ditegaskan oleh Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman yang menjelaskan, isu paling besar sedang ditangani kini adalah stigma masyarakat mengatakan Pekida sebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kongsi gelap.

Tanggapan itu, katanya, ternyata merosakkan imej dan menutup kebaikan serta tujuan sebenar penubuhan pertubuhan itu.

"Kami tiada kaitan dengan sebarang kongsi gelap malah tertubuhnya persatuan ini adalah untuk membela orang Melayu, selain membantu pihak berkuasa membanteras segala kegiatan jenayah.

"Orang ramai juga harus tahu, ahli kami tidak mempunyai kekebalan terhadap undang-undang jika melakukan kesalahan. Kami tetap akan dihukum setimpal dengan kesalahan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabat Pekida di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Roslan memberitahu, terdapat ahli pertubuhan lain yang berunsur gengsterism turut mengaku sebagai ahli Pekida ketika melakukan perkara negatif.

Bagaimanapun, Roslan tetap mengakui, wujud salah laku yang dilakukan ahli-ahli Pekida sehingga menjejaskan nama baik pertubuhan itu sendiri.

Dalam perkembangan sama, Roslan turut berkata, empat ahli Pekida Wilayah Persekutuan telah dilucutkan jawatan kerana melakukan kesalahan mengikut peraturan yang ditetapkan pertubuhan itu adalah Datuk Paduka Setia Hamzah Daud yang sebelum ini diberi gelaran Penasihat Kehormat Pekida, Mohd. Khairil Ismail (Abang Long), Norashikin Abd. Ghani (Kak Long) dan Nor Khairunnisa Mohamad Tahir (Kak Long).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.