saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 30/03/2012

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 sukar diramal

PUTRAJAYA 29 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 sukar diramalkan ekoran wujudnya pelbagai analisis sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat.

Beliau berkata, ada sesetengah pihak menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) telah meningkat manakala di sebelah lain pula kata ada banyak rungutan terhadap BN.

'Kita sukar untuk meramalkan kerana situasi sekarang tidak seperti sebelum ini yang BN boleh menang dengan selesa pada pilihan raya umum.

''Tetapi saya yakin BN boleh menang tetapi adakah ia lebih baik berbanding pilihan raya umum 2008 atau memperoleh majoriti dua pertiga adalah satu persoalan yang sukar untuk diramalkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Mohd Rustam; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md. Isa Sabu dan Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin.

Antara analisis yang menjadi tumpuan adalah oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menyatakan BN boleh menang selesa di tiga buah negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya mengenai adakah kesukaran BN memperoleh majoriti dua pertiga menjadi penyebab Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum mengumumkan tarikh pilihan raya, Mahathir tidak menolak ia satu kemungkinan.

''Tetapi saya tidak dapat baca apa yang ada pada fikiran Najib tetapi beliau nampak yakin," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.