saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 31/03/2012

Kenapa Nurul Izzah dipindahkan?

PELBAGAI pihak dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini kecoh dengan hasrat pucuk pimpinan tertinggi parti itu untuk memindahkan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar ke Parlimen Kelana Jaya pada pilihan raya umum akan datang.

Sebagai gantinya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan akan bertanding di tempat Nurul Izzah di Parlimen Lembah Pantai bagi melawan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Berikutan itu banyak dana yang asalnya dirancang untuk diguna di Lembah Pantai telah dipindahkan ke Kelana Jaya. Persoalannya, kenapa ini berlaku. Ada yang menyatakan kerana Lembah Pantai tidak lagi selamat berbanding Kelana Jaya yang 39 peratus ialah pengundi Cina yang dikatakan akan kekal menyokong PKR.

Jika ini benar, ia bermakna ada strategi terancang pihak tertinggi PKR untuk membunuh karier politik Abdul Khalid yang dianggap Menteri Besar lemah dan sering ingkar arahan pihak atasan parti itu.

Kita juga ingin tahu adakah perpindahan itu, berpunca daripada perpecahan dalaman PKR yang kini melibatkan dua puak iaitu Kumpulan Reformasi dan Kumpulan 901 yang diketuai oleh Nurul Izzah.

BUKAN RAFIZI

Besut, Terengganu

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.