saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 31/03/2012

Wartawan Utusan Malaysia menang Kajai


NAJIB Tun Razak bergambar bersama pemenang Hadiah Kajai Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2011 daripada Utusan Malaysia Mohd. Asron Mustapha (dua kiri) dan Mohd. Termizi Che Anuar (dua kanan) pada majlis penyampaian hadiah di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, malam tadi. Turut sama Chamil Wariya (kanan) dan Wan Zulkiflee Wan Ariffin. - UTUSAN/MOHD NAIM AZIZ


KUALA LUMPUR 30 Mac - Wartawan Utusan Malaysia, Mohd. Asron Mustapha dan Mohd. Termizi Che Anuar dipilih sebagai pemenang Hadiah Kajai iaitu anugerah tertinggi Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2011 di sini malam ini.

Mereka menerima anugerah paling berprestij dunia kewartawanan negara itu menerusi laporan bersiri bertajuk Pencemaran Air Ancam Kesihatan Penduduk Kelantan' pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2012 anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI).

Mohd. Asron dan Mohd. Termizi menerima anugerah berkenaan dan hadiah wang tunai RM30,000, syiling emas seberat 100 gram bernilai kira-kira RM19,000 serta sijil penghargaan yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, kategori Wartawan Muda A. Samad Ismail pula dimenangi wartawan Dewan Masyarakat, Muhamad Rafiq Abdul Rahman dengan empat rencana yang berkisar tentang kisah masyarakat.

Wartawan Berita Harian, Hasan Omar pula muncul pemenang kategori Penulisan Rencana Terbaik menerusi laporan bersiri Misteri etnik Murut Tagol.

Bagi kategori Berita Video Terbaik pula dimenangi wartawan TV3 iaitu Puspavathy Ramaloo dan Nor Azizul Mohd. Isa menerusi laporan bertajuk Salah urus sisa klinikal di hospital-hospital.

Dua lagi wartawan TV3 iaitu Shaharil Kadir dan Aji Saregar Mazlan dinamakan pemenang kategori Dokumentari Video Terbaik hasil laporan bertajuk Derita di bumi Somalia.

Semua pemenang bagi setiap kategori membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 dan sijil penghargaan.

Pada anugerah kali ini seramai 255 pengamal media mewakili 24 organisasi berita telah mengemukakan 597 karya untuk dinilai panel bebas yang diketuai Prof. Dr. Mohd. Safar Hashim dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya dan Presiden Eksekutif Urus Niaga Hiliran Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.