saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 31/03/2012

Bandar Permaisuri berubah wajah


LOKASI bangunan kedai yang bakal dibina oleh Majlis Daerah Setiu di Bandar Permaisuri, Terengganu. - UTUSAN/ADNAN MOHAMAD


SETIU 30 Mac - Bandar Permaisuri yang merupakan sebuah pusat pentadbiran utama bagi daerah ini dijangka berubah wajah apabila Majlis Daerah Setiu (MDS) akan membina dua bangunan kedai serta rumah teres bernilai lebih RM11 juta pada tahun ini.

Pelaksanaan tiga projek berkenaan di tiga lokasi sekitar bandar ini mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri, Pusat dan pihak swasta. Ia dilihat akan merancakkan lagi pembangunan daerah Setiu yang turut mendapat perhatian daripada pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan.

Yang Dipertua MDS, Ishamudin Hashim berkata, daripada peruntukan itu, pihaknya akan membina sebuah bangunan dua tingkat yang menempatkan enam unit ruang kedai serta pejabat berhampiran Bank CIMB, di sini yang berharga RM3 juta.

Beliau berkata, bangunan tersebut akan dikendalikan secara usahasama dengan UDA Land bagi membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sedang berusaha menaikkan imej bandar itu yang suatu ketika dahulu sunyi serta sepi.

Menurutnya, MDS juga akan membina 21 unit kedai tiga tingkat di Bandar Permaisuri yang dianggarkan menelan kos kira-kira RM4 juta.

"Kami turut membangunkan 15 unit rumah teres dua tingkat berharga RM4 juta di satu kawasan berhampiran perumahan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daerah Setiu di Kampung Putera Jaya, dekat sini.

"Dengan pembinaan ketiga-tiga projek itu, ia secara tidak langsung akan menambahkan lagi bangunan kedai serta perumahan yang sedia ada," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Ishamudin memberitahu, PBT itu juga menyediakan peruntukan sejumlah RM300,000 untuk projek pengindahan kawasan bandar termasuk landskap.

Menurutnya, keceriaan sekitar Bandar Permaisuri perlu diberi perhatian sepanjang masa kerana ia merupakan nadi arus pembangunan, selain menjadi tumpuan orang ramai dari luar serta daerah berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.