saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 02/04/2012

RM7.5j perkasa belia Felda

KUALA LUMPUR 1 April - Kerajaan hari ini mengumumkan bantuan berjumlah RM7.535 juta untuk golongan belia Felda bagi memperkasa golongan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bantuan tersebut diagihkan untuk pengurusan program Persatuan Belia Rancangan, Majlis Belia Felda Negeri dan Wilayah serta Sekretariat Permuafakatan Siswa Siswi Felda (Persada) institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Di samping itu, beliau berkata, ia turut diperuntukkan kepada Pengupayaan dan Khidmat Masyarakat Persada IPTA dan IPT swasta (IPTS) tempatan dan luar negara serta Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).

''Sehubungan itu, saya mahu golongan belia Felda terus memperkukuhkan misi sosial dengan memastikan golongan ini bebas dadah, jenayah dan maksiat; berpendidikan sempurna dan bekerja sebagai tenaga mahir serta berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air,'' katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Karnival Ikatan Hari Warga Felda (IKTIRAF) 2011/2012 di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.

Dalam pada itu Najib berkata, daripada jumlah RM7.535 juta itu, sebanyak RM1.585 juta akan diperuntukkan kepada pengurusan program Persatuan Belia Rancangan dengan setiap 317 persatuan di seluruh negara memperoleh RM5,000.

''Sebanyak 11 Majlis Belia Felda Negeri dan Wilayah akan menerima sejumlah RM550,000 iaitu RM50,000 untuk setiap satu,'' katanya.

Beliau berkata, sejumlah RM400,000 pula diperuntukkan kepada pentadbiran 20 sekretariat Persada IPTA atau RM20,000 untuk setiap satu.

''Sebanyak RM1 juta akan disalurkan sebagai bantuan Pengupayaan dan Khidmat Masyarakat Persada IPTA dan IPTS tempatan dan luar negara,'' ujar beliau.

Najib turut mengumumkan peruntukan tahunan MBFM berjumlah RM4 juta dengan setiap RM1 juta diagihkan kepada program pembangunan kecemerlangan sukan dan kebudayaan, program pembangunan kecemerlangan ekonomi dan keusahawanan, program kerohanian dan kesejahteraan sosial dan program Gated Community dan Keselamatan Rancangan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.