saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 02/04/2012

Perbicaraan kes Anwar saman Timbalan Menteri Sept.

02/04/2012 4:49pm

KUALA LUMPUR 2 April – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 27 dan 28 September ini untuk perbicaraan kes saman fitnah bernilai RM10 juta yang difailkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar hari ini.

Pada 22 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Hamzah, yang ketika itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerana dakwaan mengeluarkan kata-kata fitnah dan disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh, bertarikh 19 Ogos 2008, dalam artikel bertajuk “Anwar Harassed My Wife”.

Anwar mendakwa artikel itu memberi gambaran dan persepsi bahawa beliau terbabit dengan aktiviti hubungan seksual terlarang, bermoral rendah, seorang lelaki yang tidak ada nilai-nilai Islam dan berperangai buruk.

Hamzah, dalam pembelaan beliau pada 13 November 2008 pula berkata, perkataan dalam artikel itu adalah wajar. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.