saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 03/04/2012

Pemain gitar kumpulan Crosstown meninggal dunia

03/04/2012 4:54pm

PULAU PINANG 3 April – Pemain gitar kumpulan rock Crosstown, Md. Izzuddin Shariff, 58, atau lebih dikenali sebagai Din Bass meninggal dunia akibat kanser paru-paru, malam tadi.

Allahyarham yang menganggotai kumpulan yang pernah mengeluarkan sebuah album “Jejak-jejak” pada 1990-an itu menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Junidah Hashim serta tiga anak mereka di rumahnya di Jelutong di sini kira-kira pukul 8.30 malam.

Adiknya yang juga pemain keyboard kumpulan terbabit, Mohd. Izzamudin, 53, berkata, abangnya dikesan menghidap kanser sejak tiga bulan lalu dan menerima rawatan Hospital Pulau Pinang serta sebuah hospital swasta di sini.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jelutong pada pukul 1 petang tadi.

Kumpulan yang terdiri daripada anak jati Pulau Pinang itu terkenal dengan lagu seperti Jejak-Jejak, Pulau Pinang Kita, Sal, Sebenarnya Kau Tahu, Pemergianmu dan Gembala Kerbau dan dijadual mempromosikan album terbaru mereka bermula hujung bulan ini. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.