saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 03/04/2012

Gapena tetap berjuang memartabatkan sastera

03/04/2012 5:06pm

KUALA LUMPUR 3 April – Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) akan tetap berjuang untuk memartabatkan sastera sekalipun cadangannya agar subjek itu diajar sebagai satu mata pelajaran wajib di sekolah ditolak oleh Kementerian Pelajaran.

Ketua Satu Gapena, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata, Gapena akan terus memberi cadangan secara saintifik dan ilmiah kepada kerajaan mengenai kewajaran syor itu yang bertujuan melahirkan modal insan dan rakyat yang memiliki budi bahasa, kesantunan dan nilai-nilai murni tinggi.

"Jika sains dan matematik boleh diwajibkan pengajarannya dalam Bahasa Inggeris dalam tempoh yang begitu singkat, mengapakah tidak sastera juga mendapat pengiktirafan yang sama dan dilihat dari sudut yang positif?

"Kita faham subjek wajib yang ada dalam sistem pendidikan sekolah kita terlampau banyak tetapi sekurang-kurangnya pihak berwajib harus kaji dan lihat dahulu cadangan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah dalam program “Dalam Radar” terbitan Bernama Radio24 ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi semalam bahawa pembelajaran sastera sebagai subjek elektif di sekolah sudah mencukupi. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.