saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 03/04/2012

Pemakanan sihat untuk jantung


Chef Wan Noraini Isahak menunjukkan demonstrasi memasak cara sihat sempena kempen masakan kesihatan di Institut Jantung Negara, di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Jadikan pengambilan pemakanan yang sihat sebagai satu amalan harian dalam kehidupan bukan sekadar untuk menghindari penyakit bahkan demi kecergasan dan kecantikan tubuh badan.

Pengambilan pemakanan yang sihat boleh mengurangkan pelbagai risiko penyakit seperti penyakit jantung yang merupakan salah satu daripada 'pembunuh' utama di kalangan lelaki dan wanita di negara ini.

Amalan makan secara sihat bermula daripada perancangan menu, pemilihan dan pembelian bahan masakan hinggalah kepada penyediaan makanan.

Bagi menggalakkan orang ramai mengamalkan kaedah pemakanan yang sihat, Jabatan Perkhidmatan Makanan dan Dietetik, Institut Jantung Negara (IJN), baru-baru ini menganjurkan kempen Bulan Makanan Berkhasiat Nasional.

Kempen bertemakan Dash-ing The Malaysian Diet itu dipenuhi pelbagai program seperti ceramah pemakanan, demonstrasi masakan dan sebagainya.

Kempen turut memberi peluang kepada orang ramai khususnya pesakit jantung untuk mengetahui cara masakan yang sihat dan tip-tip pemakanan daripada pakar-pakar pemakanan pusat perubatan tersebut.

Dalam pada itu chef berpengalaman dari IJN, Chef Wan Noraini Isahak berkata, sajian makanan yang sihat dan lengkap harus mengandungi buah- buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak dan produk tenusu rendah lemak.

Katanya, aa juga mestilah disediakan kaedah yang sihat kerana pemakanan yang betul adalah kunci kepada kehidupan yang sihat.

Beliau yang turut berkongsi panduan atau tip cara memasak yang sihat berkata, banyak cara untuk memastikan masakan lebih berkhasiat tanpa menghilang rasa enak makanan tersebut.

"Sebagai contoh gunakan susu rendah lemak bagi menggantikan santan kelapa untuk mengurangkan kandungan kolestrol.

"Selain itu kurangkan makanan bergoreng yang menggunakan banyak minyak, sebaliknya gunakan kaedah kukus atau stim dalam penyediaan makanan," katanya.

Beliau turut menunjukkan cara-cara mudah dan ringkas menyediakan bihun goreng tuna dan bubur sayur-sayuran dengan ubi kentang dengan lebih sihat.

Katanya, sajian tersebut merupakan salah satu pemakanan yang sihat untuk pesakit jantung.

"Rasa enak masakan boleh ditingkatkan dengan menggunakan bahan-bahan seperti herba, rempah-ratus, bawang merah, lada hitam halia, lemon dan sebagainya," katanya.

Chef Wan Noraini berkata, antara jenis makanan yang membantu menguatkan jantung adalah sayur-sayuran yang mengandungi banyak vitamin dan mineral.

Penggunaan susu dalam masakan juga mengandungi zat protein untuk membina badan, vitamin serta mineral-mineral yang penting.

Selain itu menurutnya, makanan bertin seperti tuna, kekacang dan sayur-sayuran perlu dibilas sebelum memasak untuk mengurangkan garam berlebihan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.