saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 04/04/2012

Perniagaan maya untuk usahawan baru Terengganu

KUALA TERENGGANU 3 April - Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan mewujudkan peluang bercirikan perniagaan maya terutama di kalangan usahawan yang baru berjinak dalam bidang peniagaan moden tersebut.

Pengurus Besar YPU, Azmi Razik berkata, perniagaan maya ini merupakan antara beberapa langkah terbaharu YPU pada tahun ini dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan berdaya saing menerusi penjanaan perniagaan melalui internet di negeri ini.

"Perniagaan maya ini bukan satu perkara yang asing dalam dunia perniagaan sekarang ini. "Malah, ia juga boleh menonjolkan produk barangan yang diusahakan oleh penduduk negeri ini bagi menembusi pasaran antarabangsa," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau pihaknya menggesa usahawan baharu supaya mencari peluang kerana terdapat lebih 100,000 rangkaian perniagaan maya di seluruh dunia serta peluang yang diwujudkan oleh YPU melalui perniagaan maya akan direbut oleh anak tempatan untuk memperbaiki taraf kehidupan.

Azmi menjangka lebih 1,000 orang usahawan di Terengganu akan dilahirkan dengan mendaftar dalam perniagaan maya dalam tempoh dua tahun ini.

Selain itu, Azmi berkata pihaknya juga akan mewujudkan peluang perniagaan dalam bidang telekomunikasi bersama sebuah syarikat telekomunikasi baru Bumiptera, Clixster, yang menjangka lebih 500 orang akan dilantik sebagai peniaga di negeri ini.

Malah, katanya, YPU menyasarkan lebih 2,000 orang usahawan akan mendapat manfaat daripada perniagaan yang akan diwujudkan oleh YPU tahun ini.

Azmi berkata, YPU mempunyai matlamat dan dasar untuk mendidik dan melahirkan seberapa ramai mungkin usahawan terutamanya di kalangan lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan penganggur siswazah tahun ini.

Dalam perkembangan lain, YPU akan mengadakan pameran Koperasi Usahawan Terengganu-Sarawak 2012 di Miri akhir bulan ini sebagai salah satu usaha untuk menembusi pasaran luar produk negeri itu. Sehubungan itu, YPU akan mengadakan majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan Miri dan juga Brunei untuk menjadi pengedar produk barangan keluaran Terengganu.

Sekarang ini, katanya YPU menggunakan Pusat Pengagihan, iaitu anak syarikat YPU untuk memperkemaskan produk keluaran Terengganu melalui karnival, pameran, ekspo supaya produk itu mampu pergi lebih jauh.

"Kita sedang giat mempromosi produk barangan yang dikeluarkan oleh usahawan di negeri ini ke luar dari pasaran tempatan dan juga ke luar negara.

"Saya berharap usahawan tempatan Terengganu supaya merebut peluang kerana terdapat banyak peluang perniagaan yang menarik sekiranya mereka rajin usahakan," katanya.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.