saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/04/2012

Konvoi motosikal dari Malaysia ke Mekah

KUALA LUMPUR 3 April - Sekumpulan 20 rakyat Malaysia akan menaiki 12 motosikal berkuasa tinggi dan dua kenderaan pacuan empat roda ke Mekah bagi menunaikan ibadat umrah.

Ketua ekspedisi, Azman Baharuddin berkata, ekspedisi 'Kembara Bumi Suci 2012' itu akan bermula 21 April ini dan dijangka mengambil masa 63 hari sebelum kumpulan tersebut tiba di tanah suci.

"Ekspedisi ini akan memasuki Thailand, Laos, kemudian ke China, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turki, Syria, Jordan dan berakhir di Mekah," katanya kepada pemberita selepas pelancaran '1Malaysia Bike Fest 2012', di sini hari ini.

Beliau berkata, ini merupakan ekspedisi kedua selepas kejayaan kembara kali pertama pada 2010.

"Ekspedisi dianjurkan Israq Adventure dengan peserta dikenakan bayaran RM45,000 seorang," katanya sambil menambah mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai kembara tersebut boleh melayari laman web www.israqadventure.com.

Sementara itu, Suberbikers Association Malaysia (SAM) akan menganjurkan '1Malaysia Bike Fest 2012' di Stadium Nasional Bukit Jalil dari 11 hingga 13 Mei ini.

Presidennya, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, festival itu akan menghimpunkan industri dan peminat motosikal berkuasa besar di Malaysia.

Katanya, festival akan dimeriahkan dengan pertunjukan aksi ngeri, demonstrasi dan pameran oleh pengeluar motosikal dan agensi kerajaan termasuk aset ketenteraan dari Angkatan Tentera Malaysia.

Sempena festival itu juga, katanya, satu konvoi 66 motosikal berkuasa tinggi akan bermula dari Johor Bahru, Johor dan berakhir di Bukit Jalil pada hari perasmian festival yang dijangka dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.