saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 05/04/2012

Central Park taman dalam bangunan


Pengunjung melalui pengalaman unik apabila memasuki Central Parkt Berjaya Times Square.


Bagi mereka yang pernah menjejakkan kaki di New York, Amerika Syarikat, pasti cukup kenal dengan Central Park.

Taman hijau yang terletak di tengah-tengah kota fesyen itu menjadi antara tumpuan riadah utama bukan saja di kalangan penduduk tempatan bahkan pelancong dari seluruh dunia.

Meminjam aura gah taman tersebut Berjaya Times Square (BTS) di Kuala Lumpur, 'membawa' Central Park ke dalam bangunan pusat membeli-belah tersebut sebagai tarikan terbarunya.

Terletak di aras tiga, ruang membeli-belah ini diselubungi dengan kehijauan 'tumbuhan' renek dan menjalar membuatkan pengunjung seolah-olah berada dalam taman yang redup dan menyamankan.

Uniknya setiap inci dinding dibaluti dengan tumbuhan-tumbuhan hijau dan reka bentuk setiap premisnya menyerupai rumah Inggeris lama.

Menurut Eksekutif Kanan Perhubungan Awamnya, Shahjehan A. Safian, ruang beli-belah yang baru melalui proses ubah suai itu meliputi kawasan seluas 464 meter persegi dengan menampilkan konsep hijau.

Katanya, konsep tersebut dipilih bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai dan menikmati sendiri kecantikan pemandangan tumbuh-tumbuhan sambil membeli-belah.

"BTS merupakan pusat beli-belah pertama memperkenalkan konsep seperti itu bagi menjadikan ia berbeza dengan kompleks beli-belah lain.

"Harapan kami ia akan menjadi ikon baharu BTS selepas memperkenal 1st Avanue dan 5th Avenue yang mengambil inspirasi ala pusat beli-belah di New York," katanya di temui pada majlis pelancaran Central Park baru-baru ini.

Menurutnya, setakat ini Central Park dihuni kira-kira 40 gerai jualan meliputi pelbagai segmen daripada barangan untuk kanak-kanak, pakaian, aksesori hingga kepada buku dan hobi.

Ia juga berjaya menonjolkan imej ikonik dengan struktur yang dihiasi dengan begitu kreatif bagi menghidupkan lagi ruang di pusat membeli belah tersebut.

"Apa yang uniknya ia ibarat taman berkembar dengan Central Park di New York dengan beberapa ciri-ciri m

"Lebih menarik ia dikelilingi oleh kewujudan kedai-kedai yang menyajikan pilihan kepada pembeli," katanya.

Selain itu menurut Shahjehan, antara keunikan taman ini ialah orang ramai berpeluang menikmati pemandangan tumbuh-tumbuhan hijau yang subur dari tingkat.

Taman dalam bangunan ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang seperti siling yang diperbuat daripada bahan polikarbonat lut sinar yang lebih tahan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:14
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.