saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/04/2012

Oxcell jelajah 33 bandar dedah potensi perniagaan kepada belia

KUALA LUMPUR 6 April - Pusat Kecemerlangan Oxford (Oxcell) akan menjelajah ke 33 buah bandar seluruh negara melalui program 'Young Biz Ikon' untuk memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai peluang berjaya dalam perniagaan.

Presiden Oxcell, Dr. Saiful Bahri Musa berkata, melalui program itu seramai enam ikon terdiri daripada golongan artis akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan dan bidang seni.

Katanya, Pahang akan menjadi lokasi terawal bagi penjelajahan program tersebut iaitu di Raub pada 12 April, Temerloh (14 April) dan Kuantan (16 April).

"Pemilihan enam ikon itu adalah berdasarkan kejayaan dalam akademik dan perkembangan kerjaya dalam bidang seni.

"Selain itu, pemilihan mereka juga bertujuan mewujudkan situasi yang lebih santai iaitu kaedah komunikasi dengan gaya belia masa kini," katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.

Enam artis yang dilantik menjadi ikon tersebut ialah pelakon drama Manjalara, Nazim Othman; pelakon filem Kongsi, Fizo Omar dan pelakon drama Vanila Coklat, Aiman Hakim Ridza.

Turut dipilih ialah pengacara program Gerak Geri Gasing, Zoey Rahman; pelakon drama Tahajud Cinta, Neelofa dan pelakon filem Adnan Sempit, Intan Ladyana.

Tambah Saiful Bahri, program itu bakal menjemput tiga orang jutawan muda dari United Kingdom iaitu Fraser Doherty; Sabirul Islam dan Louis Barnett.

"Sabirul Islam merupakan usahawan belia yang berjaya menjadi jutawan di negara bukan Islam dan rahsia itu akan dikongsi menerusi program ini sebagai penyuntik semangat kepada golongan belia di negara ini," jelasnya.

Salah seorang ikon, Fizo Omar berkata, golongan belia tidak seharusnya takut untuk berjinak-jinak dalam bidang perniagaan kerana ia menjanjikan pendapatan lumayan.

"Saya sudah terlibat dalam perniagaan sejak kecil dan golongan belia hari ini juga harus berani melibatkan diri dalam bidang ini.

"Peluang memulakan perniagaan sama ada kecil atau besar terbuka luas di negara ini dan saya berpendapat golongan belia harus berani mengambil peluang itu untuk menjana pendapatan," ujarnya.

Program tersebut akan bermula 12 April ini dan terbuka kepada semua golongan belia yang berminat.

Borang pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai program itu boleh diperoleh dengan melayari laman web http://youngbizikon.com.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.