saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/04/2012

Liana Rafiai mahu terbang lebih tinggi


MEMPUNYAI cara tersendiri di dalam menguruskan kerjayanya.


PENGALAMAN bekerja di awan biru memberi peluang buat si cantik ini mengelilingi dunia menimba ilmu. Bagaimanapun setelah lima tahun bergelar pramugari, dia inginkan sesuatu yang lebih besar untuk kehidupannya lalu mengambil keputusan terjun ke dalam dunia lakonan.

Bagi Nurliana Mohamad Rafiai, 30, walaupun ada yang mengatakan dia agak lewat untuk bergelar seorang pelakon pada usianya kini namun, ia tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mengejar impian yang satu itu.

Memilih Liana Rafiai sebagai nama pengenalan untuk bertapak dalam industri seni, dia cukup bertuah kerana disunting untuk berada di bawah pengurusan pihak syarikat produksi Metrowealth Pictures (MIG).

Menurut gadis yang berasal dari Ipoh, Perak ini, dia percaya bakat merupakan elemen terpenting untuk meneruskan impian sebagai. Justeru kini dia sedang giat memantapkan lakonannya agar mampu mengukir nama di persada seni kelak.

“Rasanya tidak ada masalah dengan umur untuk saya terjun ke dalam dunia lakonan pula.

“Ini kerana apa yang penting sebagai pelakon baru seperti saya adalah kesungguhan dan kemahuan untuk terus memperbaiki cara lakonan saya ,” katanya ketika ditemui di Wisma MIG baru-baru ini.

Menurut Liana, bukan populariti yang dicari tetapi kepuasan diri setelah sekian lama memendam impian untuk bergelar seorang pelakon.

Malah bagi Liana, kehadiran lebih ramai bakat-bakat baru yang lebih muda dari dirinya tidak sedikit pun menggoyahkan kemahuan dan semangatnya untuk terus berada dalam industri yang penuh cabaran ini.

“Saya memilih untuk berada di dalam dunia lakonan bukanlah semata-mata mahu mengejar populariti tetapi ini adalah impian saya sejak dahulu lagi.

“Melihat kemunculan lebih ramai bakat baru yang jauh lebih muda tidak sedikitpun merisaukan saya kerana saya percaya setiap dari kita mempunyai rezeki masing-masing dan untuk itu sebagai manusia kita hanya perlu berusaha dan berdoa,” katanya mendatar.

Jaminan masa depan

Tidak hanya menyekat rezeki dalam bidang lakonan, Liana juga kini berjinak-jinak dalam dunia perniagaan yang disifatkannya sebagai jaminan masa depan.

“Saya kini sedang mengusahakan sebuah perniagaan berasaskan teknologi maklumat.

“Syukur walaupun agak sibuk menguruskan dua kerjaya di dalam satu masa, saya tetap tidak hilang fokus. Ini kerana saya amat mementingkan jadual di dalam mengatur cara saya bekerja,” katanya.

Ditanya sama ada di sudah bersedia berhadapan dengan pancaroba dunia glamor yang penuh ranjau, Liana berkata, setiap kerjaya mempunyai risiko tersendiri.

Apa yang penting katanya, adalah untuk kuat menghadapi dugaan mendatang yang padanya lebih merupakan tiupan semangat untuk meneruskan kerjaya dalam lapangan ini.

“Bagi saya pengalaman bergelar seorang pramugari banyak mengajar saya untuk kekal fokus dengan setiap apa yang kita lakukan.

“Dan kini apabila bergelar seorang pelakon saya yakin jika saya terus ikhlas dengan impian saya ini, tentunya segala halangan akan menjadi lebih mudah,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.