saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 07/04/2012

Kerosakan masjid dapat perhatian Tengku Amir


TENGKU Amir Shah (tengah) bersalam dengan rakyat setelah menunaikan solat Jumaat sempena lawatan ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah yang terlibat dalam bencana banjir di Klang semalam.


KLANG 6 April - Kerosakan yang berlaku di Masjid Jamek Ar-Rahimiah di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah di sini akibat banjir baru-baru ini mendapat perhatian Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah apabila baginda berkenan mencemar duli melawat masjid terbesar di daerah Klang itu hari ini.

Baginda yang tiba di masjid tiga tingkat berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari berkenan meninjau kerosakan yang berlaku di tingkat bawah dengan diiringi Orang Kaya Maha Bijaya Klang (Orang Besar Daerah Klang), Datuk Setia Diraja Abdul Ghani Pateh Akhir dan ahli jawatankuasa masjid.

Tengku Amir kemudian berkenaan menunaikan solat Jumaat bersama lebih 5,000 jemaah lain.

Nazir masjid, Nasrudin Tanawi berkata, beliau mewakili ahli jawatankuasa masjid dan para jemaah amat berbesar hati dengan kunjungan Tengku Amir dan keprihatinan baginda terhadap kerosakan yang berlaku di Masjid Jamek Ar-Rahimiah.

Beliau berkata, lawatan yang tidak disangka-sangka itu amat bererti kerana mencerminkan ketokohan baginda sebagai pemimpin negeri seperti ayahanda baginda, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut beliau, semasa lawatan, baginda diberi taklimat mengenai kerosakan yang berlaku di tingkat bawah masjid hingga menyebabkan ruang yang boleh memuatkan hampir 5,000 jemaah itu tidak dapat digunakan, selain kerosakan sistem pembesar suara serta pejabat dan perpustakaan mini masjid.

"Kita memohon agar lantai bahagian bawah masjid dapat ditinggikan sedikit bagi mengelak banjir berlaku, selain menggantikan barangan yang rosak termasuk karpet baru dan sebagainya yang kosnya mencecah RM400,000.

"Kami amat gembira apabila baginda memberikan persetujuan untuk membantu memastikan kerosakan dapat dipulihkan dengan memanjangkan perkara itu kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),"' katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Ar-Rahimiah di sini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.