saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 09/04/2012

Mansuh PTPTN jejaskan Melayu

KUALA LUMPUR 8 April - Pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti yang dirancang pihak pembangkang akan menyebabkan peluang pelajar di negara ini terutama membabitkan anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti terjejas.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana tempat yang disediakan di universiti-universiti awam adalah terhad sekali gus menyebabkan berlakunya persaingan amat sengit dalam kalangan pelajar.

Hakikatnya, beliau berkata, pengajian percuma di universiti hanya akan menyebabkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terpaksa ditutup kerana para pelajar lebih tertumpu kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Beliau berkata, ia berikutan para pelajar tidak lagi mampu melanjutkan pelajaran ke IPTS kerana tiada pembiayaan.

''Apabila keadaan ini berlaku sudah tentu asas yang digunakan untuk mengambil para pelajar universiti awam berasaskan meritokrasi iaitu hanya pelajar terbaik sahaja akan diberi tempat.

''Ia sama seperti mana permohonan biasiswa akan berlaku perebutan, timbul tidak puas hati dan bila kita guna ini (meritokrasi), bila kita tidak dapat mengimbangi orang Melayu akan berlakunya jurang,'' katanya dalam satu wawancara dengan Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, pada masa itu juga faktor kemiskinan serta faktor-faktor lain tidak akan menjadi perkiraan dan asas untuk memasuki universiti awam adalah seperti di negara-negara mempunyai pengajian tinggi percuma antaranya Singapura, Chile dan Argentina.

''Akhirnya berlaku situasi lapan nisbah satu (8:1) iaitu lapan anak orang kaya dan seorang anak orang miskin yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti,'' katanya lagi.

Selain itu beliau berkata, tanpa PTPTN, ibu bapa terpaksa mencari dana untuk menampung keperluan sara hidup serta penginapan anak mereka yang belajar di IPTA walaupun yuran pengajian adalah percuma.

''Duit makan macam mana? Duit tempat tinggal? Contoh di Universiti Malaya bukan semua duduk di dalam kampus, maka siapa yang hendak bayar duit sewa? Balik ke asal, ramai tidak dapat masuk universiti.

''Kembali bergantung kepada dermasiswa kerajaan dalam jumlah yang terhad. Saya sendiri bergantung pada dermasiswa dalam tahun 1980-an dahulu kerana pada masa itu mana ada pinjaman,'' katanya lagi.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, universiti percuma akan timbul banyak masalah kerana tempat yang ada terlalu terhad iaitu hanya 27,000 tempat sahaja.

''Namun, dengan adanya PTPTN, seramai 227,000 pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi berbanding 27,000 seperti mana berlaku pada pertengahan 1990-an.

''(Seperkara lagi) Jika dahulu sekiranya anak mahu masuk ke universiti, mereka terpaksa menjual tanah, menjual rumah atau membuat pinjaman bank tetapi kini ibu bapa tidak lagi dibebankan dengan soal ini,'' ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, penyediaan pengajian tinggi percuma juga akan menjejaskan dana daripada sektor lain seperti keselamatan, kesihatan, sosio ekonomi, pertanian dan usaha-usaha membantu rakyat miskin.

n WAWANCARA DI MUKA 10

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:35
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.