saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 09/04/2012

OIC kutuk pengeboman di Selatan Thailand

09/04/2012 7:05pm

KUALA LUMPUR 9 April Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyatakan pandangan beratnya terhadap beberapa kejadian pengeboman di Selatan Thailand baru-baru ini mengakibatkan sejumlah nyawa terkorban.

OIC yang berpejabat di Jeddah itu menyelar tindakan pengganas seumpama itu dan mengutuk keganasan terhadap orang awam dari mana-mana golongan, kata jurucakap pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Beliau menarik perhatian bahawa pada 1 Mei 2007, OIC dan Thailand, dalam satu kenyataan bersetuju bahawa iklim keganasan yang dicetuskan oleh serangan ke atas orang awam akan menjejas situasi hak asasi manusia dan ini tidak harus dibiarkan berterusan.

Kenyataan itu dikeluarkan semasa lawatan setiausaha agung OIC, Profesor Ekmeleddin Ihsanoglu ke Thailand.

Jurucakap itu mengulangi kesediaan OIC untuk terus memperluas kerjasama dengan Thailand, yang mempunyai status pemerhati di pertubuhan itu. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.