saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 09/04/2012

Inovasi dari pedalaman Sabah


Siteo Akang menerangkan mengenai kegunaan mesin pelerai padi.


INOVASI bukan sekadar ciptaandaripada kreativiti dan inspirasi untuk menghasilkan sesuatu bagi membantu menyelesaikan masalah, tetapi ini menjadi penggerak ekonomi.

Hari ini terdapat segala macam inovasi. Daripada pelbagai peralatan dan gajet canggih menguasai dunia kepada elemen-elemen kecil yang membantu memudahkan kehidupan.

Inovasi telah mengubah hidup manusia. Ia menjadikan tamadun manusia berkembang. Tanpa inovasi tidak ada tamadun dan tidak permodenan

Idea, kreativiti dan inovasi pula tidak pernah terbatas. Di pelosok kampung, kreativiti tercetus bagi penduduk mencari penyelesaian kepada masalah harian mereka.

Sebab itu apabila Program Jejak Inovasi (PJI) dicetuskan pada tahun lepas bagi meneroka inovasi penduduk kampung, ia dianggap satu pengiktirafan dan penghargaan kepada usaha dan titik peluh penduduk kampung.

Program PJI yang merupakan inisiatif Kementerian Sains , Teknologi dan Inovasi bersama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) pada 17 hingga 19 September tahun telah menjelajah pedalaman Sabah bagi mencari inovasi kampung.

Matlamatnya ialah mencari dan mengesan peralatan atau mesin yang dihasilkan oleh penduduk pedalaman yang dapat membantu memudahkan kehidupan mereka.

Hasilnya PJI a berjaya membongkar 10 inovasi akar umbi.

Uniknya, ada di kalangan pereka peralatan tersebut tidak mempunyai latar belakang akademik yang tinggi.

Hanya pengalaman hidup, idea kreatif dan logik akal dimanfaatkan sebaiknya dalam usaha menambah baik kualiti hidup mereka dan penduduk setempat.

Dengan kerjasama pakar industri dari institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kepimpinan peringkat akar umbi di Keningau, Tenom dan Tambunan, YIM berjaya merekodkan maklumat kesemua produk inovasi berkenaan.

Seperti Jejak Inovasi siri pertama di Melaka pada Julai sebelum itu , siri kedua ini bukan sahaja memberi pengiktirafan malahan membuka 'jambatan' kepada agensi-agensi kerajaan membantu membangun dan mengkomersialkan produk terpilih.

Hari pertama Jejak Inovasi Sabah bermula di Keningau bagi melihat mesin pelerai padi ciptaan Siteo Akang.

Mesin tersebut diperbuat daripada besi terpakai dan barang gantian kenderaan. Direka sepenuhnya berpandukan ilham Siteo, inovasinya memudahkan kerja pesawah yang dahulu terpaksa menghempas-pulas membanting padi menggunakan tangan.

Menceritakan pengalamannya ketika mula mereka cipta mesin tersebut 12 tahun lalu, Siteo menjelaskan, usahanya itu bukan mudah dengan lima unit pertama tidak begitu memuaskan dan memerlukan penambahbaikan.

Dia tidak berputus asa dan terus mencuba sehinggakan berjaya menjual lebih 100 unit mesin pelerai padi di Keningau, Tambunan, Tenom dan Ranau.

Walaupun tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi, Siteo berusaha memajukan lagi teknologi mesin tersebut mengikut pengalaman dan logik akal agar dapat dikembangkan lebih jauh.

"Mesin ini mampu meleraikan satu ekar padi dalam masa dua jam berbanding kaedah membanting padi menggunakan kudrat tangan yang memerlukan masa lebih satu hari untuk satu ekar sawah.

"Di samping tidak membazirkan banyak tenaga, mesin pelerai padi ini mengurangkan jumlah padi terbuang," katanya.

Menurut Siteo, kos mesinnya itu bergantung kepada harga semasa besi dengan anggaran sekitar RM2,000 hingga RM3,000 termasuk enjinnya.

Dia dapat menyiapkan sebuah mesin dalam masa satu minggu tetapi pembeli perlu membuat tempatan kerana mesin yang sudah siap dipasang biasanya kehabisan stok.

Inovasi Steo itu menunjukkan walaupun bermula di kampung kecil dan hanya menggunakan enjin pam air, mesin pelerai padi itu membuktikan faktor geografi dan taraf pendidikan tidak menghalang sesiapapun untuk berinovasi.

Kini pihah PJI sedang menilai rekaan Siteo itu dan mungkin akan diberikan penambahbaikan termasuk menyediakan bantuan-bantuan khusus jika memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Hari kedua Jejak Inovasi Sabah berakhir di Kampung Botong, Tambunan untuk melihat industri makanan dan minuman berasaskan halia.

Diusahakan Henry Charles di sebuah bengkel kecil, pelbagai produk makanan dan minuman yang telah menerima sijil pengesahan halal seperti halwa halia, halia madu, serbuk minuman halia, kordial halia dan sos cili halia diusahakan.

Menurut Henry, dia telah mengusahakan bengkel tersebut selama tiga tahun dengan bantuan Lembaga Pertubuhan Peladang, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Sirim Berhad.

"Projek ini juga merupakan satu inisiatif di bawah program 1Daerah 1Industri di Tambunan untuk mengeluarkan beberapa produk berasaskan halia," katanya.

Henry menjelaskan, sumber ekonomi utama di Tambunan memang berasaskan pertanian. Tetapi dengan bantuan MARDI, produk pertanian yang asas itu telah dikembangkan termasuk mengkomersialkan beberapa produk halia.

"Antara masalah utama perusahaan baru ini adalah berkaitan mesin memproses halia memandangkan tiada rujukan industri halia di tempat lain sebelum ini.

"Mesin pengupas halia yang digunakan di bengkel kami kini merupakan satu adaptasi daripada mesin pengupas ubi kentang dari China," jelasnya.

Tambahnya, dengan memotong cabang-cabang halia mengikut bentuk bulat kentang, sekitar 80 peratus kulit halia dapat diasingkan dan seterusnya dijadikan sebagai baja tanaman.

"Dengan penggunaan mesin tersebut, lapan kilogram halia dapat dikupas dalam masa tiga minit berbanding lima kilogram dalam satu hari jika menggunakan tangan.'' ujarnya.

Menurut Henry, halia tua dan muda juga diasingkan bagi memenuhi kesesuaian penggunaannya mengikut produk yang ingin dihasilkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.