saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/04/2012

Lima senator angkat sumpah

KUALA LUMPUR 9 April - Lima orang mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini.

Empat daripadanya iaitu Datuk Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Dr Awang Adek Hussin dilantik semula untuk tempoh tiga tahun lagi sementara seorang lagi ialah senator yang baru dilantik iaitu Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

Raja Ropiah, 63, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya tahun 1973, merupakan Ketua Wanita UMNO Selangor dan Exco Wanita UMNO Malaysia.

Semasa bercakap kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah itu, Raja Ropiah berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan kerana pelantikan kali pertama itu untuk tempoh tiga tahun.

Katanya, beliau akan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat khususnya di negeri Selangor.

Jamil Khir, 51, berkata, beliau melihat pelantikan semulanya sebagai senator sebagai satu amanah yang harus dipikul dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas dalam meneruskan perkhidmatan kepada rakyat khususnya mengenai perkara berkaitan agama Islam.

"Saya akan melaksanakan dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan negara dan rakyat," katanya.

Beliau berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan atas pelantikan tersebut. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.