saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/04/2012

Keserasian 3 Temujanji


DarI kiri: Diana Amir, Hashim Rejab, Pierre Andre, Yana Samsudin dan David Teo semasa majlis perasmian filem tersebut.


BUKAN mudah untuk mencari kelainan dalam setiap pembawaan sesebuah cerita cinta apatah lagi genre tersebut sudah biasa diketengahkan di kaca televisyen mahupun layar perak.

Malah pemilihan pelakon yang tepat dan serasi juga turut menyumbang kepada untung rugi sesebuah karya.

Jujurnya penulis tidak meletakkan harapan tinggi menggunung untuk melihat hasil tangan ke-58 Metrowealth ini menampilkan kelainan mahu pun mencipta sesuatu yang baru. Namun karya Hashim Rejab kali ketiga ini boleh sedikit dibanggakan.

Masih membawakan tema cinta, filem bergenre komedi romantik ini berjaya membuatkan penonton turut terbawa dengan emosi sepanjang menontonnya.

Menggabungkan Pierre Andre (Mukhsin) dan juga Yana Samsudin (Riana), ternyata pilihan tersebut ‘menjadi’ dan mampu mengundang gelak tawa dan tangis penonton.

Menurut Hashim, 3 Temujanji merupakan satu kisah percintaan biasa, sekali gus berbeza dengan karyanya sebelum ini, Sekali Lagi dan juga Papa I Love You.

“Cerita yang saya tampilkan pada kali ini merupakan satu kisah cinta biasa yang dialami oleh kita hampir setiap hari.

“Saya juga cuba paparkan penerimaan cinta masyarakat kita dengan lebih dekat dan jujurnya apa yang saya bawakan kali ini memang berbeza dengan karya saya sebelum ini,” ujarnya ketika ditemui pada sesi pratonton filem berkenaan yang diadakan di Sunway Pyramid baru-baru ini.

Memilih Pierre dan Yana sebagai tunjang utama dalam filem ini juga sebenarnya merupakan langkah yang bijak bagi mengelakkan kitaran muka yang sama setiap kali filem MIG ditayangkan.

Pernah mengikat jalinan cinta sebelum ini, ternyata lakonan Pierre dan Yana sememangnya nampak hidup dan tidak terlalu kekok.

Kata Hashim, dia memilih dua pelakon berkenaan adalah untuk mendapatkan keserasian yang sememangnya pernah wujud antara mereka sebelum ini.

“Filem ini sememangnya tiada langsung perkaitan dengan kisah cinta mereka.

“Apa yang saya perlukan daripada mereka adalah keserasian supaya apabila ditafsirkan melalui layar perak ia nampak natural dan berkesan.

“Apa-apa pun, 3 Temujanji adalah sebuah filem yang sesuai untuk ditonton dalam keadaan santai dan tidak mempunyai plot yang berbelit-belit.

“Malah saya juga berharap agar kutipan filem ini nanti adalah lebih baik daripada dua filem saya sebelum ini,” jelasnya yang mengakui semakin matang setelah mengarahkan tiga filem tersebut.

Sementara itu, bagi pelakon Aku Masih Dara yang kini sudah bertudung, Diana Amir, wataknya dalam filem tersebut sememangnya memerlukan dia untuk selalu menangis namun dalam masa yang sama bersifat kebudak-budakan.

“Watak yang saya bawakan tidaklah terlalu berat cuma saya perlu jadi terlebih aktif dan kena banyak menangis.

“Watak Amanda yang saya bawakan merupakan watak penyokong kepada karakter Yana kerana kami merupakan kawan baik.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar malah semua menjadi lebih senang kerana kebanyakan individu yang terlibat dalam pembikinan filem ini adalah orang yang saya kenal,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.