saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 10/04/2012

Tender ketiga lot niaga KLIA2 dibuka


LAKARAN artis Lapangan Terbang Kuala Lumpur Kedua (KLIA2).


KUALA LUMPUR 9 April - Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) akan membuka tender fasa ketiga bagi permohonan mendapatkan lot perniagaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Kedua (KLIA2) yang melibatkan 37 ruang perniagaan dalam pelbagai sektor.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan mengadakan dua taklimat wajib berhubung penawaran tender fasa ketiga pada 12 dan 17 April ini di Hotel Pan Pacific KLIA.

Dokumen tender itu boleh diperoleh bermula Khamis ini sehingga 10 Mei depan. Sebarang maklumat boleh didapati di laman sesawang www.klia2retail.com.my.

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial MAHB, Faizah Khairuddin berkata, sesi taklimat fasa pertama dan kedua sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan daripada 1,000 kumpulan pelbagai sektor perniagaan.

Fasa pertama yang berlangsung Disember tahun lalu menawarkan 27 ruang perniagaan, manakala fasa kedua pada awal bulan lalu itu menyediakan 39 ruang perniagaan.

Secara keseluruhan, 225 ruang perniagaan ditawarkan di lapangan terbang baharu ini yang menyediakan 118 ruang perniagaan runcit, 81 ruang kedai makanan dan minuman dan 26 premis perniagaan perkhidmatan.

Tambah Faizah, pembida bagi fasa pertama yang berjaya akan diumumkan Mei depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.