saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/04/2012

Langkah kurangkan gejala sosial

KUALA LUMPUR 10 April - Tuntutan supaya subjek Agama Islam diwajibkan lulus dalam semua peperiksaan utama di Malaysia disifatkan sebagai langkah terbaik dalam usaha mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja masa kini.

Bagaimanapun, menurut Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd. Samsudin (gambar), ia perlu disusuli dengan aktiviti yang menerapkan nilai-nilai seperti dituntut dalam ajaran Islam itu sendiri.

Ini kerana, menurut beliau, sistem pendidikan di Malaysia adalah berorientasikan peperiksaan dan soal wajib lulus subjek tersebut bukan jaminan generasi muda tidak akan terjebak dengan sebarang aktiviti negatif.

"Sepatutnya ia bukan sekadar lulus dalam peperiksaan tetapi perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

"Sistem orientasi peperiksaan menyebabkan kebanyakan pelajar ketika ini hanya menghafal fakta penting setiap subjek tanpa menghayati sepenuhnya isi kandungan subjek terbabit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali semalam yang berhasrat menghimpunkan 500,000 ahli pertubuhan itu untuk menyerahkan memorandum menuntut subjek Agama Islam dijadikan mata pelajaran wajib lulus semua peperiksaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pandangan tersebut turut disokong oleh Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa.

Menurut beliau, memandangkan subjek Agama Islam melibatkan beberapa bahagian seperti akhlak, akidah, fikah dan hadis, ia penting untuk pembentukan sahsiah seseorang individu.

"Sebagai contoh, ilmu fardu ain tidak sekadar hanya boleh dihafal, sebaliknya ia perlu dipraktik agar proses pembelajaran lebih berkesan.

"Tiada masalah jika subjek itu diwajibkan lulus dalam semua peperiksaan kerana pendidikan tiada batasan selagi ia memberi kebaikan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.