saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 14/04/2012

Pengurusan gabungan Proton


MODEL terbaharu Preve menjadi sandaran jualan Proton tahun ini.


PUTRAJAYA 13 April - Spekulasi peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Bhd. (Proton) dipercayai telah menyebabkan pemilik syarikat kereta nasional itu, DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom) menggabungkan barisan pengurusan yang baharu.

Gabungan pengurusan baharu DRB-Hicom dan Proton itu bakal diumumkan minggu depan, menurut sumber terdekat Utusan Malaysia.

Malah, dalam pengumuman yang akan dibuat nanti, jawatan CEO Proton yang kini dipegang oleh Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkemungkinan akan dikosongkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Kata sumber itu lagi, pengurusan gabungan itu dijangka memberi satu transisi pengurusan yang baik, selain melengkapi satu sama lain untuk meneruskan kelangsungan agenda Proton.

Jelasnya, teknik gabungan ini merupakan cara terbaik untuk menjadikan Proton terus bergerak ke hadapan.

Malah, beliau memberitahu, Pengerusi Eksekutif DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil sendiri pernah berjanji akan meneruskan pelan tindakan Proton selepas melakukan pengambilalihan.

Sehubungan itu, keputusan meletakkan pengurusan gabungan antara dua entiti itu merupakan satu keputusan tepat, ujarnya.

"Hanya pengurusan gabungan dapat memberi gambaran yang lebih jelas terhadap perancangan yang akan dilakukan di Proton dan memahami apa yang telah dirancang selama ini,'' kata sumber tersebut.

Ketika ditanya mengenai sejauh mana jawatan CEO akan dikosongkan dalam tempoh tertentu, sumber itu menjawab, peranan pengerusi eksekutif sudah memadai untuk menerima input, laporan dan analisis daripada ketua pegawai operasi syarikat atau pengarah syarikat.

Katanya, perkara ini sudah lama dipraktikkan di syarikat-syarikat besar dan juga di dalam DRB-Hicom itu sendiri.

Sebelum ini, satu laporan The Edge Financial Daily menyatakan Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir telah mengemukakan notis peletakan jawatan sebagai CEO Proton.

Syed Zainal Abidin bagaimanapun dalam kenyataan media yang dikeluarkan selepas itu menolak spekulasi peletakan jawatan beliau.

Proton dalam kenyataan akhbar menyatakan beliau masih memegang jawatan tersebut dan perkhidmatannya juga masih diperlukan di syarikat itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.