saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 16/04/2012

10,000 masyarakat Siam raikan pesta Songkran


Sebahagian masyarakat Siam menyertai pesta Songkran peringkat negeri Kelantan di pekarangan Wat Sukhontharam, Tumpat, baru-baru ini.


TUMPAT 15 April - Lebih 10,000 masyarakat Siam di negeri ini menjayakan pesta Songkran peringkat negeri Kelantan yang berlangsung di pekarangan Wat Sukhontharam di sini kelmarin.

Pesta itu kebiasaan disambut pada pertengahan April iaitu bulan kelima dalam kalendar lunar Siam dan aktiviti terbesarnya melibatkan simbah air dalam kalangan pengunjung.

Hadir sama, Penasihat Khas Menteri Pelancongan, Sulaiman Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Masyarakat Siam Kelantan, Eh Chot Ah Chan dalam ucapannya berkata, penganjuran pesta Songkran dapat memupuk semangat perpaduan, persefahaman dan keamanan dalam kalangan masyarakat Siam di negeri ini.

Katanya, walaupun tidak semeriah pesta yang dianjurkan di Thailand, tetapi ia tetap diraikan dengan meriah oleh masyarakat Siam tempatan.

"Penganjuran pesta ini mampu mengekalkan budaya masyarakat Siam setempat terutama dalam kalangan generasi muda," katanya.

Beliau berkata, Kementerian Pelancongan sejak sembilan tahun lalu bersama-sama menganjurkan pesta tersebut bagi membolehkan ia dianjurkan dengan lebih meriah.

Eh Chot turut melahirkan penghargaan kepada semua pihak dalam mempopularkan pesta tersebut dan menjadikan sebagai salah satu produk pelancongan di negeri ini.

"Sambutan pesta ini turut menjana ekonomi masyarakat Siam tempatan yang terlibat dalam sektor perniagaan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.