saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 16/04/2012

Projek inovasi InSTAR ke final Anugerah Harta Intelek

Empat pasukan inovasi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak (InSTAR) terpilih menyertai penilaian akhir bagi Anugerah Harta Intelek Negara 2012 yang diadakan di Ibu Pejabat Perbadanan Harta Intelek, Kuala Lumpur, baru baru ini.

Guru pembimbing pasukan inovasi InSTAR, Mohd Fakharudin berkata, kesemua projek InSTAR yang terpilih bagi penilaian akhir ini pernah menerima anugerah di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

"Keempat-empat projek ini akan bersaing di bawah kategori Inovasi Pelajar Sekolah Menengah bersama lapan projek lain yang turut terpilih ke pusingan akhir daripada ratusan projek yang menghantar penyertaan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurut beliau, keputusan hasil penilaian ini akan diumumkan pada Hari Expo Harta Intelek Negara yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuantan, Pahang pada 27 dan 28 April ini.

Projek yang dipertaruhkan oleh pasukan InSTAR adalah 'PALF' as alternative in novelty composite, From waste To Wealth: Sustainable Paper From Waste of Saccharum officinarum, Sustainable 'CB' from rice straw waste dan From waste to Wealth: 'ParBo From Biomass of Palm Oil.

Sementara itu, seorang peserta InSTAR, Nur Ain Syafiqah memberitahu, diharap peluang mempersembahkan projek kepada panel juri daripada pelbagai latar belakang itu akan memberi satu pengalaman baru yang bermakna.

"Semua produk yang dihasilkan dari sisa buangan ini diharap akan menarik minat bidang industri untuk dikomersialkan pada masa akan datang," katanya.

Seorang lagi penyelidik muda InSTAR, Muhamad Khairi pula berkata, pengalaman menyertai pertandingan ini akan digunakan sepenuhnya oleh pasukan InSTAR yang akan membawa cabaran negara di peringkat dunia pada Mei akan datang.

"Kami mahu membuktikan kemampuan pelajar Malaysia pada pertandingan International Sustainable Worls Project Olympiad (I-SWEEP) di Texas, European Exhibition of Creativity and Innovation (EUROINVENT) di Romania, International Environment Project Olympiad (INEPO) di Istanbul dan International Exhibition Young Inventor (IEYI) di Thailand," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.