saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 16/04/2012

Peranan pembekal perisian

MICROSOFT Corp. telah mengumumkan Laporan Pintar Keselamatan Microsoft volum 10 yang memaparkan terma kelakuan jenayah siber dan peningkatan yang signifikan terutama dalam pendekatan ‘seakan-akan pemasaran’ dan taktik penipuan bagi mencuri wang daripada pelanggan.

Laporan Pintar Keselamatan Microsoft memfokuskan kes pada tahun 2010 dengan maklumat baru bagi tempoh Julai hingga Disember dan mengumpulkan data yang dianalisis daripada 600 juta sistem seluruh dunia.

Berdasarkan Laporan Pintar Keselamatan Microsoft, terdapat kepelbagaian dalam kelakuan jenayah siber seperti jenayah terancang yang melibatkan pulangan yang besar.

Selain itu terdapat jenayah yang melibatkan teknikal seperti keselamatan perisian, phishing menggunakan rangkaian sosial seperti lure dan adware semakin meningkat pada 2010.

Penyerang terus menyerang sosial yang muncul sebagai kempen pemasaran yang sah dan promosi produk.

Enam daripada 10 keluarga malware yang popular dalam suku kedua tahun 2010 jatuh dalam kategori berkenaan.

Jenayah yang menggunakan keluarga malware berkenaan menjana kewangan dengan menipu pengguna dengan skim pay-per-click, iklan palsu atau perisian keselamatan untuk dijual.

Selain itu laporan menekankan peningkatan lebih 1,200 peratus dalam phishing menggunakan rangkaian sosial sebagai perantara menjadikan tapak ‘panas’ bagi aktiviti jenayah.

Pengurus Besar Pusat Perlindungan Malware Microsoft, Vinny Gullotto berkata, Microsoft dan industri perisian lain telah meningkatkan perlindungan dan bimbingan pelanggan.

“Sehingga kini pelbagai usaha dijalankan tetapi masih banyak yang perlu dilakukan.

“Kami melihat trend serangan jenayah siber melibatkan peningkatan phishing dalam rangkaian sosial,” katanya semasa membentangkan Laporan Pintar Keselamatan Microsoft volum 10 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berdasarkan laporan, phishing menggunakan rangkaian sosial sebagai perantara meningkat daripada 8.3 peratus dalam semua phishing kepada 84.5 peratus pada Disember 2010.

Populariti tapak rangkaian sosial telah membuka peluang bagi penjenayah siber tidak hanya menipu pengguna tidak dikenali tetapi juga kawan dan keluarga.

Kaedah berkenaan juga menambah dalam senarai teknik kejuruteraan sosial seperti kewangan dan promosi produk melalui emel dan pesanan ringkas untuk mencuri wang atau menipu pelanggan untuk memuat turun kandungan malicious.

Laporan Pintar Keselamatan Microsoft juga menunjukkan pengesanan adware meningkatkan 70 peratus daripada suku kedua ke suku keempat tahun 2010.

Pengesanan pasangan baru keluarga adware JS/Pornpop dan Win32/ClickPotato antara bulan Julai dan September menyumbang kepada peningkatan.

ClickPotato merupakan program yang memaparkan pop-up dan seakan notis iklan berasaskan kepada kelakuan perayauan pengguna.

Manakala Pornpop merupakan keluarga malware yang berusaha memaparkan pop iklan dalam perayauan pengguna yang biasanya mempunyai kandungan bahan lucah.

Penganalisis prinsipal Ovum, Graham Titterington pula berkata, dengan ramai pengguna dan peralatan dalam talian setiap hari, penjenayah siber mempunyai lebih banyak peluang berbanding sebelumnya untuk menipu pengguna menerusi kaedah serangan adware, phishing dan perisian keselamatan palsu.

“Ini menjadi lebih sukar bagi pengguna untuk menentukan komunikasi dan promosi yang sah kerana ia saling tak tumpah seperti yang digunakan oleh penjenayah siber.

“Jadi amat penting pengguna dibekalkan dengan maklumat dan panduan mengenai ancaman dalam talian bagi meningkatkan perlindungan dan kesedaran,” katanya.

Selain iti, perisian keselamatan palsu atau scareware telah menjadi salah satu daripada kaedah biasa bagi penjenayah siber serata dunia bagi mendapatkan wang dan maklumat peribadi daripada pengguna komputer yang tidak dikenali.

Keluarga perisian komputer keselamatan palsu termasuk yang biasa Win32/FakeSpypro muncul seakan-akan dengan perisian keselamatan tulen dengan menawarkan perlindungan palsu dan jika dipercayai dan diklik oleh pengguna, ia akan memuat turun sendiri dan menyerang sistem.

Pada 2010, Microsoft melindungi hampir 19 juta sistem daripada perisian keselamatan palsu.

Lima keluarga perisian keselamatan teratas adalah bertanggungjawab bagi 70 peratus atau lebih kurang 13 juta telah dikesan.

Di Malaysia, kategori yang biasa dalam suku keempat tahun lalu adalah cecacing yang menjangkiti 35.8 peratus daripada semua komputer semakin menurun berbanding suku ketiga tahun yang sama iaitu 41.4 peratus.

Perisian yang tidak dikehendaki yang menyerang 27.5 peratus daripada semua komputer yang dijangkiti meningkat daripada 25.4 peratus pada suku ketiga tahun yang sama.

Trojan pula menduduki tempat ketiga pada suku tahun keempat tahun lalu yang menjangkiti 24.7 peratus pada komputer yang dijangkiti meningkat daripada 23 peratus dalam suku ketiga tahun lalu.

Gullato berkata, sementara kerja jenayah untuk melibatkan diri dalam serangan, Microsoft dan industri akan terus sentiasa bekerjasama dengan rakan dan pelanggan untuk meningkatkan keselamatan, peribadi dan meningkatkan kesedaran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.