saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 17/04/2012

Syed Zainal mungkin tidak mahu sambung

KUALA LUMPUR 16 April - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membayangkan bahawa Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd., Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir mungkin tidak mahu terus menerajui pengeluar kereta nasional itu di bawah pemilikan DRB-Hicom Bhd.

Mahathir, yang juga penasihat Proton berkata, dalam kes Syed Zainal, tidak ada kemungkinan pemecatan tetapi semata-mata soal tentang perjanjian antara Syed Zainal dan DRB-Hicom mengenai cara terbaik untuk menangani masalah tidak diperlukan.

"DRB-Hicom berhak menukar Pengarah Urusan kerana mereka kini memiliki Proton tetapi buat masa ini Syed Zainal masih Pengarah Urusan dan beliau dibayar bagi jawatan itu.

"Bagaimanapun sudah tentunya beliau mungkin tidak mahu meneruskannya. Itu pilihan beliau," kata Mahathir kepada pemberita selepas mempengerusikan Sesi Strategi Peringkat Tinggi Meja Bulat yang dianjurkan oleh Dewan Perdagangan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan berita bahawa Syed Zainal mungkin disingkirkan sebagai Pengarah Urusan syarikat selepas pelancaran model sedan Proton Preve malam ini. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.