saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 18/04/2012

Syed Zainal enggan ulas

KUALA LUMPUR 17 April – Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan Penasihat Proton, Tun Mahathir Mohamed berkaitan kedudukan beliau dalam syarikat tersebut.

‘‘Saya tidak dapat memberikan sebarang komen mengenai perkara itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Penasihat Proton itu, membayangkan bahawa Syed Zainal Abidin mungkin tidak mahu terus menerajui pengeluar kereta nasional itu di bawah pemilikan DRB-Hicom Bhd.

Mahathir berkata, dalam kes Syed Zainal, tidak ada kemungkinan pemecatan tetapi semata-mata soal tentang perjanjian antara Syed Zainal dan DRB-Hicom mengenai cara terbaik untuk menangani masalah tidak diperlukan.

“DRB-Hicom berhak menukar Pengarah Urusan kerana mereka kini memiliki Proton tetapi buat masa ini Syed Zainal masih Pengarah Urusan dan beliau dibayar bagi jawatan itu.

“Bagaimanapun sudah tentunya beliau mungkin tidak mahu meneruskannya. Itu pilihan beliau,” kata Mahathir Isnin lalu.

Sebelum ini, Syed Zainal menolak spekulasi bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatan.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat automobil nasional itu, Syed Zainal masih memegang posisi jawatan dan perkhidmatan beliau masih diperlukan di Proton

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Proton, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil yang ditemui pada pelancaran Proton Preve semalam berkata, beliau tidak dibenarkan untuk memberi sebarang kenyataan berkaitan kedudukan Syed Zainal itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.