saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 19/04/2012

Kuasa mutlak menteri digugur

Datuk Wira Abu Seman Yusop

KUALA LUMPUR 18 April - Rang Undang-Undang Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012 yang bertujuan untuk menggugurkan ‘kuasa mutlak’ menteri dalam melulus atau menolak mana-mana lesen mesin cetak dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

Rang undang-undang yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop itu merupakan pindaan kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Antara pindaan yang dibuat adalah terhadap subseksyen 3(3) Akta 301 bagi memansuhkan kuasa ‘budi bicara’ menteri dalam memberi atau menolak pemberian lesen mesin cetak serta kuasa untuk menentukan tempoh sah lesen berkenaan.

Pindaan juga dibuat bagi subseksyen 6(1) Akta 301 iaitu memansuhkan kuasa ‘budi bicara yang mutlak’ bagi menteri dalam memberi kebenaran kepada seseorang untuk mencetak, menerbitkan akhbar di Malaysia atau mengeluarkan permit kepada mana-mana pemilik akhbar di Singapura supaya membolehkan akhbar terbitannya diimport, dijual atau diedar di Malaysia.

Menurut rang undang-undang tersebut, lesen atau permit yang telah diberikan di bawah Akta itu adalah kekal sah mengikut tempoh yang diberikan selagi tidak dibatalkan.

Pindaan turut dibuat kepada subseksyen 13A(1) Akta 301 bagi memansuhkan larangan semakan kehakiman ke atas keputusan menteri untuk memberi, enggan memberikan, membatalkan atau menggantung sesuatu lesen atau permit.

Selain itu, pindaan juga dibuat bagi memberi seseorang itu peluang didengar sebelum keputusan untuk membatal, menggantung lesen atau permit dibuat.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.