saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 19/04/2012

Pemansuhan kuasa mutlak menteri perkembangan positif industri penerbitan

KUALA LUMPUR 18 April - Pemansuhan kuasa mutlak menteri dalam melulus atau menolak permohonan lesen mesin cetak dilihat sebagai satu perkembangan positif dalam menjadikan industri percetakan dan penerbitan negara lebih bersifat terbuka.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya berkata, pemansuhan kuasa mutlak menteri itu adalah satu penambahbaikan dalam industri percetakan dan penerbitan negara, justeru seharusnya ia mendapat pujian.

"Apabila menteri berkaitan tidak mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan kelulusan mana-mana lesen mesin cetak, maka ini adalah suatu perkembangan positif kerana kuasa tidak dipegang oleh satu individu sahaja.

"Selain itu, langkah ini juga akan membuatkan menteri terbabit lebih berhati-hati semasa menggunakan kuasa yang dimilikinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pembentangan Rang Undang-Undang Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012 yang bertujuan menggugurkan kuasa mutlak menteri dalam melulus atau menolak mana-mana lesen mesin cetak di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Chamil, langkah yang bakal diambil itu hanyalah permulaan dan beliau yakin kerajaan akan mengubah pelbagai lagi undang-undang bagi memberikan lebih kebebasan kepada akhbar di negara ini untuk bersuara.

Sementara itu, Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Yong Soo Heong berkata, pemansuhan kuasa mutlak itu menunjukkan sikap terbuka yang diamalkan oleh pihak kerajaan ketika ini.

"Pemansuhan kuasa mutlak itu juga tidak bermakna pihak penerbitan dibenar mencetak berita sesuka hati tetapi perlu lebih mengamalkan penapisan sendiri.

"Sebagai pengamal media, kita perlu lebih peka dan bertanggungjawab dalam menjaga ketenteraman negara selain mematuhi undang-undang berkaitan lain yang sedia ada," ujarnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.