saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 19/04/2012

'Saya tak datang kerana demam teruk'

Lee Chong Wei

KUALA LUMPUR - Datuk Lee Chong Wei kecewa kerana dibidas tanpa usul periksa kerana gagal menghadirkan diri pada Anugerah Sukan Negara kelmarin, sedangkan keadaan kesihatannya benar-benar tidak mengizinkan.

Chong Wei, 29, yang demam teruk, malah terlepas sesi latihan harian semalam kerana masalah kesihatan, menegaskan, akibat dibidas, anugerah Olahragawan yang sepatutnya menyuntik semangatnya untuk mencari pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik London, kini bertukar menjadi sesuatu yang tidak lagi menggembirakan.

Pemain No. 1 dunia itu juga kesal apabila didakwa memperlekehkan anugerah yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kerana wang kemenangan yang ditawarkan hanya RM20,000 dan bukan RM200,000.

"Saya mahu menjelaskan saya benar-benar tidak sihat semalam dan saya tidak mahu merosakkan majlis kerana masalah kesihatan saya, sebab itu saya minta abang saya hadir mewakili saya. Saya tidak sangka perkara ini menjadi isu yang besar.

"Saya amat kecewa dan sedih apabila mendengar kenyataan bahawa saya tidak hadir kerana wang kemenangan yang diberikan cuma RM20,000 dan bukan RM200,000. Kalau sekalipun wang yang diberikan RM200,000, jika saya tidak sihat, saya tetap tidak dapat datang.

"Kalau saya bermain badminton semata-mata kerana wang, saya bukan seorang atlet. Saya tidak gembira apabila dilabelkan seperti seorang yang mata duitan, saya bermain untuk negara dan wang bukan segala-galanya. "Saya mahu menang untuk Malaysia tetapi jika kemenangan itu memberikan pulangan yang baik kepada saya, ia juga sesuatu yang bagus,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, selagi kudratnya masih ada dan dia mampu bermain di peringkat tertinggi, sudah tentu dia akan bertanding pada kejohanan yang menawarkan ganjaran besar, namun itu tidak bermakna dia mata duitan.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 itu tidak pernah terlepas beraksi pada GP Emas Terbuka Malaysia sejak ia diperkenalkan pada 2009 biarpun kejohanan itu tidak menawarkan mata ranking atau ganjaran besar kerana dia mahu memberi sokongan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Ini merupakan kali ketiga Chong Wei dijulang sebagai Olahragawan kebangsaan. Dia turut memenangi anugerah tersebut pada 2005 dan 2008. "Anugerah ini memang bermakna buat saya. Ketika saya memenanginya sebelum ini ia benar-benar menaikkan semangat untuk mencari lebih banyak kejayaan.

"Saya harap tidak terganggu dengan apa yang berlaku ketika ini. Mungkin anugerah kali ini tidak menggembirakan saya seperti dulu tetapi lebih penting saya perlu terus fokus kepada persiapan saya untuk menghadapi Olimpik, itu misi saya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.