saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 19/04/2012

PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang

19/04/2012 11:58am

SHAH ALAM 19 April – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mengelak daripada menjadi kuda tunggangan pembangkang dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kata beliau, ini kerana janji pemansuhan pinjaman PTPTN oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sekadar umpan kepada pelajar bagi melaksanakan agenda mereka termasuk mengadakan demonstrasi jalanan.

“Pembangkang kini beralih kepada penuntut IPT kerana sudah tiada pihak lain yang boleh diperalat.

“Kalau dulu semasa pilihan raya umum 2008, pembangkang menggunakan Hindraf, kini masyarakat India sudah kurang memberi sokongan,” katanya.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor berkata demikian pada sesi soal-jawab bersama pelajar Universiti Teknologi Mara di sini, pada program Pemimpin Turun Kampus Bersama Anak-anak Selangor malam tadi.

Beliau juga berkata, pelajar tidak perlu melalak dan berkhemah di Dataran Merdeka untuk menuntut pemansuhan PTPTN, sebaliknya belajar dengan tekun sehingga memperolehi kepujian kelas pertama sekali gus tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN mereka.

"Kalau melalak, berdemo di Dataran Merdeka macam mana nak dapat First Class Honours, kelas pun tak pergi sebab berdemo,” katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.