saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 19/04/2012

Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia

19/04/2012 5:13pm

KANGAR 19 April Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Datuk Indera Jaya Mahmud Hashim, 89, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Darat, Beseri dekat sini malam tadi kerana sakit tua dan masalah saraf.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 11.45 malam di hadapan isterinya, Datin Argon Saad, 84, anak angkatnya, Abdul Manaf Kasa, 49 serta menantu angkatnya, Siti Jamaliah Zaini, 46.

Anak sulung Allahyarham, Hakimi, 54 memberitahu, ayahnya yang mengalami sakit saraf sejak kira-kira tujuh tahun lalu dengan mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini dan Kedah Medical Centre (KMC) di Alor Setar, terlantar di rumahnya kerana terlalu uzur sejak empat tahun lalu.

Selepas bersara daripada perkhidmatan guru pada awal tahun tujuh puluhan beliau terbabit secara aktif dalam politik dan memenangi pilihan raya umum bagi kerusi dewan undangan negeri kawasan Paya pada 1974.

Allahyarham yang memenangi kerusi yang sama bagi penggal kedua pada 1978 dilantik menjadi speaker dewan undangan negeri Perlis sehingga 1982. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.