saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 19/04/2012

Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal

19/04/2012 7:32pm

GEORGETOWN 19 April UMNO Pulau Pinang meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan kenyataan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Osman berhubung pelantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Menyifatkan kenyataan itu sebagai sandiwara politik yang tidak boleh diterima, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, alasan yang diberi pemimpin kerajaan negeri terbabit amat sukar diterima.

"Mana mungkin soal yang begitu penting bersangkutan tentang hal ehwal agama negeri Pulau Pinang berlaku kesilapan yang begitu rupa?.

"Ini bukan perkara main-main, ini bukan perkara yang boleh kita buat salah silap. Bagaimana mungkin kita nak mentadbir hal-hal agama Islam negeri Pulau Pinang kalau benda semudah nak menamakan Yang Dipertua pun kita buat silap?, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mansor yang menyatakan kerajaan negeri melakukan kesilapan ketika mengemukakan nama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim sebagai Yang Dipertua MAINPP dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum itu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan memberikan jawatan tersebut kepada Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Salleh Man jika beliau memenangi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.

Namun selepas kemenangannya, janji tersebut berkubur dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebaliknya menamakan Abdul Malik untuk mengetuai MAINPP dan Salleh sebagai Timbalan Yang Dipertua.

Atas desakan pelbagai pihak termasuk Pas, kerajaan negeri pimpinan DAP itu kemudian mengemukakan surat kepada Istana Negara pada 20 Januari lepas untuk memohon perkenan pelantikan Salleh sebagai Yang Dipertua MAINPP.

Mengulas perkara itu, Zainal Abidin berkata kerajaan negeri menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan perkenan Yang di-Pertuan Agong terhadap pelantikan Abdul Malik.

Beliau juga mahu kerajaan negeri menjelaskan sebab pembatalan pelantikan Abdul Malik. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.