saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 19/04/2012

Kuarters kerajaan jadi wad bersalin

Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia di Putrajaya ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

MASALAH kekurangan wad bersalin di Hospital Putrajaya mencapai tahap serius sehingga menyebabkan perkhidmatan klinikal khususnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada ibu-ibu mengandung tidak dapat diberikan pada tahap optimum.

Prihatin dengan masalah itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengambil langkah mengetengahkan isu tersebut ke pengetahuan pengurusan tertinggi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan cuba menyelesaikannya melalui pendekatan Strategi Lautan Biru seperti disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lantas termeterai kerjasama pintar antara MAIWP dengan pelbagai agensi di bawah JPM. Hasilnya Kementerian Kesihatan dan Hospital Putrajaya bersetuju menawarkan sumber manusia dan kepakaran yang berkaitan manakala di satu pihak lagi menawarkan kemudahan prasarana dan kewangan.

Bagi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Ismail Porjo bukannya mustahil untuk menjana kreativiti bagi merealisasikan impian tersebut.

Menerusi kerjasama yang terjalin, Bahagian Pengurusan Hartanah JPM mengenal pasti salah satu blok di Fasa 8R3, Presint 8, lengkap pelbagai kemudahan yang boleh ditukar kepada pusat bersalin dengan melakukan sedikit pengubahsuaian.

Siapa sangka dewan serbaguna ditukar menjadi dewan bedah manakala blok kediaman yang asalnya untuk dijadikan kuarters berubah wajah kepada wad bersalin.

‘‘Pada peringkat ini, MAIWP telah memainkan peranan menyalurkan peruntukan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

‘‘Di pihak Hospital Putrajaya dan Kementerian Kesihatan pula, sudah tentu peranan yang dimainkan adalah menyediakan keperluan sumber manusia dan kepakaran perkhidmatan perubatan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tugas-tugas sekretariat menurut Ismail dilaksanakan oleh Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAHWHAR) yang mana tanpa penglibatan jabatan itu, proses penubuhan pusat bersalin tidak dapat diselaraskan dengan baik. Lebih membanggakan, agensi-agensi seperti Perbadanan Putrajaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat turut membantu mempermudahkan urusan.

Garapan sempurna hasil perkongsian pintar daripada semua pihak terlibat telah membantu menyelesaikan masalah yang selama ini membelenggu Hospital Putrajaya. Ternyata kekuatan sesuatu agensi berjaya menukar peluang yang ada untuk membantu meringankan beban rakyat.

Ismail berkata, pendekatan MAIWP, Hospital Putrajaya serta lain-lain agensi itu sejajar dengan hasrat kerajaan mahu semua agensi lebih kreatif dan berinovatif dalam mengatasi sebarang permasalahan.

Katanya, dalam konteks MAIWP contohnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sering memberi peringatan agar MAIWP mencari ruang dan peluang untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi tanpa terhad kepada masalah MAIWP semata-mata malah masalah agensi-agensi lain yang mana MAIWP mempunyai kepentingan.

Atas penekanan inilah maka tertubuhnya pusat bersalin yang merupakan salah satu KPI Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Menurutnya, satu lagi projek usaha sama adalah penubuhan Pusat Pembedahan Katarak MAIWP - Hospital Selayang di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. MAIWP berpandangan masalah lebih satu juta pesakit katarak di seluruh negara harus segera diatasi.

Atas sebab itulah MAIWP membuat keputusan untuk terlibat dengan penubuhan pusat itu yang kini sedang giat menjalani kerja-kerja pengubahsuaian sebelum dapat beroperasi bulan depan.

‘‘Peranan MAIWP dalam kedua-dua projek ini ialah menyalurkan peruntukan kewangan bagi kerja-kerja pengubahsuaian bangunan apabila kuarters kakitangan kerajaan dijadikan pusat bersalin dan pusat pembedahan katarak.

‘‘Sudah semestinya pengubahsuaian itu perlu supaya bangunan asal dapat memenuhi standard dan piawaian sebuah pusat bersalin seperti yang digariskan Kementerian Kesihatan,” ujar beliau.

Dalam hal ini, MAIWP melalui Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal telah meluluskan peruntukan RM2.8 juta bagi kos kerja-kerja pengubahsuaian dan tambahan sebanyak RM0.37 juta bagi sistem perlindungan dan pencegahan kebakaran.

Menurut beliau, jumlah keseluruhan peruntukan adalah RM3.2 juta mampu memberi pulangan yang lebih besar jika dilihat dari sudut pelaburan kebajikan.

Difahamkan berdasarkan rekod kemasukan ibu-ibu mengandung dan data kelahiran di pusat bersalin ini, seramai 93 bayi telah selamat dilahirkan bagi tempoh 31 Januari 2012 hingga 12 April 2012.

‘‘Ini bermakna bagi tempoh setahun, ratusan mengandung dapat diberikan kemudahan wad bersalin yang cukup selesa yang disediakan di pusat bersalin itu.

‘‘Jika dibandingkan dengan kemudahan yang disediakan, orang ramai akan mendapati wad kelas tiga di pusat itu sebenarnya menyediakan kemudahan wad kelas pertama,” katanya.

Ternyata MAIWP sebagai pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan harus diberi pengiktirafan atas segala usaha kebajikan demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa.

Ironinya, agensi-agensi lain selain MAIWP sewajarnya mengambil langkah serupa dengan menyokong segala usaha kebajikan untuk membantu meringankan beban rakyat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.