saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 19/04/2012

Warga emas dikecualikan caj pendaftaran

19/04/2012 7:39pm

PUTRAJAYA 19 April Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pengecualian caj pendaftaran sebanyak RM5 di Jabatan Pesakit Luar Pakar di hospital dan klinik kerajaan bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Beliau berkata, pengecualian itu yang berkuatkuasa pada 1 Mei adalah tambahan kepada pengecualian caj pendaftaran pesakit luar sebanyak RM1 di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia yang diumumkannya tahun lalu.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pengurangan caj sebanyak 50 peratus daripada kadar caj pesakit Kelas Tiga hospital kerajaan dengan caj maksimum sebanyak RM250 sahaja bagi setiap kemasukan.

"Pengecualian tambahan itu adalah sebagai menunjukkan keprihatinan dan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan warga emas, katanya semasa berucap merasmikan Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia di sini hari ini.

Pusat itu yang ditubuhkan menerusi kerjasama antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Hospital Putrajaya hanya melibatkan kos kurang daripada RM12 juta yang merangkumi kos-kos perolehan peralatan perubatan, bukan perubatan dan kenderaan serta pengubahsuaian bangunan. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.