saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 20/04/2012

Koleksi buku Kadir, Fatimah diserah kepada perpustakaan

Mariam Abdul Kadir (kanan), Ali Abdul Kadir dan Faridah Abdul Kadir menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak Tadika Krista selepas menyerahkan koleksi buku milik arwah kedua-dua ibu bapa mereka kepada Perpustakaan Tan Sri Abdul Kadir Yusuf di Seremban, kelmarin.

SEREMBAN 19 April - Anak-anak kepada pasangan Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusuf dan Tun Fatimah Hashim mengabadikan 20 tahun pemergian bapa dengan menyumbang pelbagai koleksi buku milik ibu bapa mereka kepada sebuah perpustakaan di sini semalam.

Anak sulung mereka, Datin Mariam Abdul Kadir berkata, buku-buku itu disumbangkan kepada perpustakaan yang mengambil nama sempena nama ayahnya di Taman Tasik Jaya, dekat sini.

Menurutnya, buku-buku itu dalam pelbagai variasi serta tajuk merangkumi isu-isu politik, fiksyen selain undang-undang dan pengurusan perniagaan.

Perpustakaan yang diuruskan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) itu telah dibuka kepada orang ramai pada 1997 dan merupakan perpustakaan pertama beroperasi dalam taman perumahan di negeri ini.

Mariam yang merupakan bekas Ketua Pengarah Perpustakaan Negara berkata, beliau yakin ayah dan ibunya pasti akan melakukan perkara sama sekiranya kedua-dua mereka masih hidup.

''Kami mempunyai banyak koleksi buku milik arwah dan kami adik-beradik berpendapat perkara yang baik untuk dilakukan ialah menyumbangkan kesemua buku itu kepada perpustakaan yang mengambil nama sempena nama arwah ayah,'' katanya selepas melawat Perpustakaan Tan Sri Abdul Kadir Yusuf di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah PPANS, Jamilah Katis.

Perpustakaan Tan Sri Abdul Kadir Yusuf diilhamkan oleh syarikat Park Properties Sdn. Bhd. iaitu pemaju perumahan Taman Tasik Jaya dan Pusat Perniagaan Senawang di mana Allahyarham menjadi pengerusinya yang pertama pada 1992 sebelum meninggal dunia di usia 74 tahun pada tahun sama.

Syarikat berkenaan juga bersetuju menyewakan kedai dua tingkat kepada PPANS bagi tempoh 10 tahun dan kemudiannya disambung untuk 10 tahun lagi.

Kata Mariam, adik-beradiknya turut bersetuju untuk menyerahkan beberapa barangan milik peribadi Allahyarham seperti pasport serta cermin mata yang digunakan ketika membaca kepada pihak perpustakaan.

Sebelum ini, beberapa barangan seperti paip, pisau memancing dan barangan peribadi lain milik Allahyarham telah diserahkan untuk sudut kenangan dalam perpustakaan tersebut.

Allahyarham Abdul Kadir merupakan anak Malaysia pertama dilantik sebagai Peguam Negara pada 1964 dan dari 24 Mac 1969 hingga 7 Ogos 1977, memegang jawatan Menteri Undang-Undang.

Beliau adalah individu tunggal memegang kedua-dua jawatan tersebut dalam satu masa.

Allahyarham Abdul Kadir dilahirkan pada 10 September 1917 di Kampung Parit Sakai, Muar, Johor dan mendapat pendidikan awal di Raffles College, Singapura (1936-1940) sebelum meneruskan pengajian ke Lincoln's Inn, London (1952-1955) dalam bidang undang-undang.

Beliau berkahwin dengan Fatimah yang merupakan wanita pertama Malaysia memegang jawatan menteri dalam Kabinet negara.

Pasangan ini dikurniakan enam anak iaitu Mariam, Mohamed Shah, Profesor Emeritus Datuk Dr. Khalid, Datuk Ali, Abdul Karim dan Faridah.

Tambah Mariam, adiknya Dr. Khalid yang merupakan bekas Pengarah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia turut bersetuju menyumbangkan RM6,000 kepada perpustakaan tersebut untuk membeli majalah.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Park Properties, Datuk Gan Boon Khuay berkata, selain mengenang jasa Abdul Kadir terhadap sumbangannya kepada negara, syarikat itu turut menyokong usaha membudayakan minat membaca dalam kalangan masyarakat.

Jamilah pula memberitahu, sehingga kini perpustakaan tersebut mempunyai sebanyak 19,000 koleksi buku pelbagai judul dengan keahlian seramai 5,500 orang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.