saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 21/04/2012

Kampus Limkokwing di Kelantan

KOTA BHARU 20 April - Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing (Limkokwing) meluaskan empayar pendidikannya di negeri ini dengan cadangan pembinaan kampus di Gelung Gajah, Machang yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi.

Naib Presiden Limkokwing, Raja Aznil Raja Hisham berkata, kerajaan negeri telah menyediakan sebidang tanah seluas kira-kira lapan hektar untuk pembinaan kampus tersebut yang dijangka mampu menampung sehingga 10,000 pelajar.

Katanya, selain pendidikan teknologi kreatif, kampus itu turut mengutamakan pendidikan Islam kepada para pelajarnya.

"Ini adalah cara kami membangunkan bakat tempatan. Selain itu, Limkokwing sendiri memberi tumpuan kepada teknologi kreatif dan Pantai Timur adalah pusat kepada pelbagai jenis kebudayaan negara ini.

"Jadi kami rasa ini adalah masanya untuk membina kampus di Kelantan selepas universiti ini turut mengembangkan sayap ke luar negara," katanya ketika ditemui selepas pelancaran program Kelantan Design and Exhibiton di sini kelmarin.

Program tersebut dirasmikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sementara itu, Raja Aznil berkata, sebagai permulaan universiti itu akan membuka Akademi Kreatif dan Teknologi Kreatif di Wisma Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) di sini yang akan memulakan kelasnya pada minggu pertama Mei ini.

"Seramai 200 pelajar Kelantan tajaan Yakin akan mendapat pendidikan daripada kita dan ini adalah langkah permulaan ke arah pembangunan Limkokwing di sini," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.