saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 23/04/2012

ipidato respons yang berfakta

THE Daily Mail, antara begitu banyak akhbar yang dapat diakses secara dalam talian (online) - seperti dilaporkan oleh Will Oremus dalam Slate, akhbar dalam talian paling popular di dunia - mengatasi akhbar terkemuka The New York Times, USA Today, dan The Wall Street Journal.

Tabloid British itu berjaya menarik pelawat yang unik berjumlah 45.3 juta kepada 44.8 juta Gray Lady. Perkara paling penting untuk mengetahui laman web The Daily Mail (lebih betul disebut Mail Online), tegas Oremus, akhbar itu benar-benar akhbar dalam talian. Inilah yang meletakkan kejayaannya. Tidak seperti akhbar dalam talian, Mail Online mempunyai sedikit persamaan dengan tabloid British yang melahirkan akhbar dalam talian ini.

Akhbar online muncul akibat krisis kewangan tahun 2007-2008 yang membawa dunia terjebak dalam kemelesetan, lantas menyebabkan beberapa akhbar terpaksa memfailkan kemuflisan atau beralih kepada Internet. Ia turut dilakukan oleh The Huffington Post ekoran jumlah pengedaran merosot dan sumbangan iklan berkurangan. Dalam meneruskan edisi bercetak, banyak akhbar menyediakan edisi online yang boleh diakses oleh pembaca secara percuma.

Baru-baru ini The Economist melaporkan demi kelangsungan, akhbar online terpaksa mencari khalayak di seluruh pelosok dunia. 'Pada Januari', tulis majalah itu, The New York Times hilang kedudukan teratas dalam penarafan comScore sebagai laman Web akhbar terbesar di dunia kepada Daily Mail Britain. Ia sambil mengingatkan 'pertarungan menjadi semakin besar menggambarkan fenomena yang berkembang: penerbitan berita nasional memasuki global'.

Rentetan dari keberkesanan akhbar online inilah, satu lagi sisi boleh dilihat yang diyakini mencambahkan pemikiran masyarakat mengambil manfaat dari 'online' iaitu perdebatan menerusi online.

Justeru pada awal bulan ini, MyEG, penyedia perkhidmatan e-kerajaan Malaysia melancarkan ipidato, portal debat online, berobjektif untuk mengubah cara orang berdebat di negara ini.

Selain menawarkan peluang untuk perdebatan politik dalam persekitaran politik semasa negara, portal itu juga bertujuan menarik semua sektor profesional berdebat secara bijak dan bersandarkan fakta mengenai semua aspek kehidupan seharian di samping politik.

''Perdebatan secara online adalah lebih efektif daripada perdebatan bersemuka kerana ia membolehkan penyelidikan untuk hujahan dan penafian manakala pengikut perdebatan itu juga mempunyai lebih banyak masa untuk menyelami intipati hujahan," kata Pengarah Urusan MyEG, TS Wong.

iPidato akan menjadi penanda aras di mana pendebat akan melalui perubahan radikal kerana mereka perlu berupaya memberikan respons berwibawa dan fakta berdasarkan penyelidikan mendalam. Pembaca pula boleh membuat penghakiman lebih baik berdasarkan fakta dikemukakan.

Sama sepertimana platform media sosial Twitter, ipidato menawarkan debat yang dikendalikan secara kos efektif dan kena pada masanya dan mudah untuk pengikut mengikuti perkembangan terkininya.

Malahan, menerusi ipidato, orang ramai boleh dengan mudah mengenali pendebat yang melakukan penyelidikan dan arif dengan topik berkenaan berbanding dengan mereka yang hanya mahu menunjukkan kepandaian.

Bagi memulakan debat di ipidato, MyEG telah mendapatkan penyertaan dan komitmen daripada tokoh politik dan personaliti terkenal. Dalam hal ini, orang ramai boleh menjangkakan perdebatan yang hangat mengenai isu semasa dan panas.

Misalnya, pada 16 April lalu, ipidato menyiarkan secara langsung debat antara Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke bertajuk "Is the Malaysian election process fair?" (Adakah proses pilihan raya Malaysia adil).

Dalam debat tersebut, Khairy membidas sikap tidak bertanggungjawab Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tidak hadir semasa sesi penerangan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha menyelesaikan isu senarai nama pengundi.

Menurutnya, hanya kira-kira 10 ahli Parlimen pembangkang yang hadir pada sesi berkenaan dan kecewa kerana Anthony juga tidak hadir.

"Senarai pengundi merupakan isu paling penting dalam lapan tuntutan Bersih. Bagaimanapun, apabila SPR meminta Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang menghadiri sesi penerangan pada hari ini, hanya kira-kira 10 ahli Parlimen pembangkang sahaja yang hadir, saya amat kecewa dan kamu (Anthony) juga tidak hadir.

"Bagaimana kita mahu berusaha ke arah mencari penyelesaian dalam usaha 'membersihkan' senarai pengundi, sedangkan pemimpin-pemimpin pembangkang sudah pun membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan BN dan SPR. Sebaliknya mahu membawa isu berkenaan ke jalan raya," kata Khairy menerusi laman debat berkenaan.

Bagi ipidato seterusnya, antara beberapa personaliti telah mengesahkan penyertaan pada minggu seterusnya ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail.

Kesediaan kerajaan untuk turut serta dalam ipidato membuktikan usahanya untuk memastikan ketelusan.

Dan MyEG percaya ia akan menjadikan kerajaan Malaysia sebagai yang pertama di dunia yang bersedia membahaskan dasar-dasarnya secara terbuka menerusi platform online.

"MyEG berharap debat awam seumpama ini akan diguna pakai di negara-negara lain dan Malaysia sekali lagi akan menjadi pendahulu trend dalam perkara ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.