saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 23/04/2012

Seremban jadi bandar raya 2013

SEREMBAN 22 April - Kabinet telah meluluskan penggabungan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) untuk membuka laluan pembentukan sebuah entiti baru bagi bandar raya Seremban baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kelulusan itu merupakan permulaan baik untuk memastikan langkah berkaitan dapat diambil di kawasan pihak berkuasa tempatan tersebut khususnya berkaitan infrastruktur sebelum status bandar raya berkenaan diisytiharkan.

''Kita tidak akan tergesa-gesa untuk mengisytiharkan status itu yang mungkin dilakukan pada tahun hadapan kerana yang penting semua kemudahan asas dan awam berada dalam keadaan baik terlebih dahulu, selain memastikan hasrat melihat sebuah bandar raya selamat dapat dicapai," katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, sebelum ia dinaik status sebagai bandar raya, ia perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan juga Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Katanya, dari segi kelayakan sememangnya MPS dan MPN boleh dijadikan satu entiti kerana jumlah penduduknya ramai, pendapatan tahunan tinggi, selain wujudnya kolej, universiti dan terdapat lebih kurang 20 syarat sebelum ia boleh diluluskan sebagai bandar raya.

Mengenai tempat meletak kenderaan yang terhad di bandar ini, kerajaan negeri telah mengenal pasti lokasi sesuai untuk menambah 2,000 lagi lot bagi kemudahan pengguna.

''Kita berhasrat untuk membuat lot baru di padang MPS dan di sebelah dewan pula akan dikorek tanah seperti yang dilakukan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

''Di situ nanti kita bercadang membina kawasan meletak kenderaan setinggi dua tingkat di bawah padang dan keadaan padang di situ akan terus kekal. Jadi ini akan memberi kemudahan kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan komuter dan menaiki bas di stesen berhampiran," ujarnya.

Mohamad menegaskan, kedudukan padang sedia ada tidak akan diubah tetapi di bahagian bawah padang itu kelak akan ada lot meletak kenderaan, gerai makan dan sebagainya.

''Pihak juruperunding arkitek akan memberikan taklimat waktu terdekat termasuk kosnya dan ini adalah salah satu perancangan sebelum Seremban diisytiharkan sebagai bandar raya kelak," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.