saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 24/04/2012

Skim pelaburan hartanah di Kanada

SALAH sebuah resort mewah di Forest Lakes Country Club (FLCC) di Halifax, Nova Scotia, Kanada.

KUALA LUMPUR 23 April - Institusi pelaburan alternatif Malaysia, TFDC Asiacorp Bhd. (TFDC) telah melancarkan Skim Pelaburan Pembangunan Forest Lakes Country Club (FLCC) di Halifax, Nova Scotia, Kanada, baru-baru ini.

TFDC merupakan anak syarikat kepada pemaju hartanah Kanada, Terra Firma Development Corporation Ltd.

Menurut satu kenyataan akhbar, skim pelaburan hartanah itu telah diluluskan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan TFDC telah berjaya mendapat kelulusan yang diperlukan untuk memulakan skim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TFDC, William Ng berkata, pihaknya menghargai setiap prosedur dan langkah berwaspada yang diambil oleh SSM untuk melindungi para pelabur.

“Rakyat Malaysia dari setiap lapisan masyarakat kini berpeluang untuk melibatkan diri dalam sektor pembangunan hartanah melalui skim ini," kata Ng.

Beliau menambah, TFDC kini beroperasi di Singapura serta Eropah dan berharap para pelabur di negara ini akan dapat menerima skim pelaburan alternatif ini dengan baik.

Harga pelancaran bagi skim pelaburan ini ialah dalam C$8,640.00 (RM 26,651.74) yang perlu dibayar dalam Ringgit Malaysia pada kadar bank semasa.

Skim pelaburan ini diuruskan oleh TFDC dan mempunyai panel pemegang amanah bebas, perunding dan juruaudit bertauliah.

Tambah Ng, TFDC telah melantik Pacific Trustees Bhd. (Pacific Trustees) selaku pemegang amanah untuk melindungi kepentingan para pelabur.

Operasi skim pelaburan ini diaudit oleh KPMG, salah sebuah firma audit dan perundingan terkemuka di Malaysia, jelas beliau.

Forest Lakes Country Club bakal dibangunkan sebagai sebuah pusat peranginan yang melaksanakan gaya hidup mewah merentasi 1538 ekar tanah di Adroise, West Hants County, Nova Scotia, Kanada.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.