saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 26/04/2012

Proton hilang hak eksklusif dalam DAN

KUANTAN 25 April - Penjualan Proton Holdings Bhd. (Proton) kepada DRB-Hicom Bhd. telah menyebabkan syarikat automotif negara kehilangan hak eksklusif dalam semakan berhubung Dasar Automotif Negara (DAN).

Lebih malang lagi, Proton yang bukan lagi syarikat milik kerajaan, kini perlu semeja dengan UMW Holdings Bhd., Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dan beberapa syarikat automotif lain bagi membincangkan semakan terhadap DAN.

Perkara itu diakui oleh Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang memberitahu bahawa syarikat itu seolah-olah mendapat layanan sama rata.

''Jika dahulu kita bertaraf syarikat milik kerajaan (GLC), kerajaan akan berhubung terus dengan kita (Proton) seperti juga dengan syarikat-syarikat GLC yang lain.

''Bayangkan dalam mesyuarat dengan kerajaan berhubung semakan DAN baru-baru ini, kita bermesyuarat bersama-sama UMW, Perodua dan lain-lain. UMW sememangnya kuat dalam pasaran dan telah lama usianya berbanding kita,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Walaupun nadanya kelihatan kecewa, tetapi beliau melahirkan kebimbangan dengan situasi itu kerana Proton membawa jenama Malaysia berbanding dengan syarikat-syarikat pemasangan kenderaan yang lain.

Ditanya adakah itu alasannya hingga menyebabkan beliau didakwa tidak mahu menyambung tugasnya di Proton, Syed Zainal Abidin mengelak dan menjawab: ''Saya hanya menjalankan tugas.''

Proton dimiliki DRB-Hicom yang membeli 42.74 peratus kepentingan dalam syarikat pembuat kereta nasional daripada Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) pada Mac lalu.

DRB-Hicom juga memiliki 7.27 peratus kepentingan dalam Proton melalui pembelian di pasaran terbuka. Dengan pembelian daripada Khazanah, DRB-Hicom kini memiliki 50.01 peratus kepentingan dalam Proton.

Sementara itu, Syed Zainal Abidin ketika sidang akhbar sempena Program Merasai Pengalaman Preve di Club Med Cherating dekat sini memberitahu sehingga kini Proton telah menerima tempahan sebanyak 4,300 unit bagi model kereta globalnya yang pertama, Proton Preve.

Daripada jumlah itu, 73 peratus tempahan adalah untuk model automatik tujuh kelajuan manakala selebihnya adalah untuk model manual.

Beliau berkata, sehingga petang Selasa, jumlah tempahan mencapai sehingga 4,300 buah dengan sasaran jualan bulanan sebanyak 4,200 buah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.